Mdm Norizan binti Ghazali
From Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah, Port Dickson
Nominated by Nur Khairunisa binti Jamaludin
Saya berbesar hati ingin menceritakan kisah guru saya yang memberi inspirasi dalam hidup saya. Cg. Norizan merupakan guru yang berdedikasi dan penyayang. Beliau mengajar saya sebagai pelajar dengan penuh semangat tanpa kenal erti lelah. Walaupun saya berada di kelas terendah masa itu, namun ia bukan lah penghalang untuk cg. Norizan mengajar saya sehingga saya mampu ke peringkat STPM hari ini. Bagi saya ianya bukan lah mudah seperti orang lain untuk ke peringkat STPM. Kerana seorang insan bernama Puan Norizan yang tidak pernah letih mengajar saya. Di samping, beliau sering memuji bakat saya dalam seni lukis menyebabkan saya lebih semangat untuk menceburi bidang seni visual ini sehingga ke hari ini dan masa akan datang. Walaupun saya tidak lagi di sekolah menengah bersama beliau, saya tetap mengahargai jasa beliau sebagai guru saya. Terima kasih cg. Hari ini saya sukacita memaklumkan Hari ini merupakan hari lahir beliau 16 mac. Oleh itu, saya tidak ingin melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari lahir cg. Jasa cg. akan sentiasa saya kenang sampai bila-bila. Sungguh pun saya lemah dalam akademik, ianya tidak menghalang saya untuk terus mencuba di atas semangat yang cg. Tunjukkan kepada saya tanpa mengenal erti penat. Tanpa semangat cg. Saya tidak yakin saya boleh sampai ke tahap ini dan tidak lupa juga doa-doa yang cg. titipkan kepada saya. Sejuta terima kasih saya ucapkan kepada cg. Sekian terima kasih daripada saya Khairunisa kerana sudi membaca cerita inspirasi ini.