Nominees

Mdm PUAN HAJAH NADIAA ZAMIL

From SMK BANDAR BEHRANG 2020

Nominated by ANIS QISTINA BT AHMAD BASRI

Guru inspirasi saya ialah Puan Hajah Nadiaa Zamil atau lebih dikenali di sekolah sebagai Teacher Nadia. Beliau mengajar subjek Bahasa Inggeris dan semestinya sangat hebat dalam bahasa inggeris. Beliau sentiasa mengingatkan muridnya bahawa subjek bahasa inggeris sangat penting terutamanya apabila kita sudah berada di alam pekerjaan. Selain guru bahasa inggeris beliau juga merupakan guru badan pengawas. Beliau merupakan orang kuat dalam badan pengawas. Tanpa beliau pengawas tidak dapat bergerak dengan sempurna serta sukar untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Beliau bukan sahaja menyuruh pengawas untuk menjalankan tugasan malah beliau melatih kami bagaimana hendak menjaga disiplin diri, bagaimana hendak menjadi seorang yang bertanggungjawab dan banyak lagi. Beliau sentiasa mendorong pengawas agar terus bergerak dan maju kehadapan. Banyak perkara positif yang ada pada diri beliau yang membuatkan saya mencontohi beliau dari pelbagai aspek. Pertama sekali, beliau merupakan seorang yang berpimikiran terbuka. Kenapa saya berkata beliau seorang yang berpimikiran terbuka kerana beliau sentiasa memahami muridnya. Antara perkara yang pernah berlaku adalah, beberapa minggu lepas kami tidak masuk ke kelas BI kerana beliau sudah berpesan bahawa beliau tidak dapat masuk ke kelas kerana mempunyai tugasan yang perlu dibuat. Pada keesokan harinya, beliau dapat masuk ke kelas kami kerana tugasannya sudah selesai. Beliau berpesan kepada ketua kelas bahawa kelas BI akan berjalan seperti biasa di bilik English. Hendak dijadikan cerita, ketua kelas kami terlupa. Hampir sejam beliau menunggu kami untuk mengajar namun kami tidak sampai sampai. Beliau turun ke kelas kami untuk mencari kami. Beliau sangat terkejut kerana kami semua berada di dalam kelas. Ketua kelas kami terus terbangun dan meminta maaf kerana dia terlupa. Apa yang membuat kami sekelas terkejut dan terharu ialah beliau tidak memarahi kami kerana beliau faham bahawa ketua kelas kami terlupa. Dia berkata “ kadang-kala saya pun macam dia, kita semua manusia make mistake. Don’t worry .” Satu ayat beliau yang saya pegang ialah “ if we make mistake, we need to learn and move on.” Teacher Nadia merupakan seorang guru yang suka membebel tapi apa yang membuatkan saya tertarik untuk menjadikan beliau sebagai inspirasi saya ialah kerana beliau bukan seorang guru yang suka membebel kosong. Tetapi apa yang dibebel itu mempunyai banyak motivasi, nasihat serta kata-kata semangat yang membuatkan saya suka dengan bebelannya. Beliau merupakan seorang yang suka memberi motivasi serta pengajaran dalam setiap situasi yang telah berlaku. Walaupun beliau seorang yang suka membebel tetapi dia bukanlah seorang guru yang suka ‘ membawang ’. Setiap kali beliau bersembang dengan saya beliau tidak pernah membuka aib orang lain atau bergosip perkara yang tidak penting. Begitu juga sewaktu beliau mengajar. Beliau hanya fokus kepada kejayaan masa hadapan muridnya sahaja. Di samping itu, Teacher Nadia juga merupakan seorang guru yang sukakan cabaran. Beliau juga suka mencari cabaran dan sanggup menanggung risiko. Teacher Nadia selalu berkata “ dalam hidup kita mesti ada cabaran and we can’t scared of it , just face it. Challenges is a game in our life, if hidup kita tidak mempunyai cabaran dan kita takut nak tempuhi cabaran it means kita manusia yang lemah dan malas. So, cari cabaran don’t scared of it.” Beliau juga menyuruh muridnya untuk belajar hidup susah. Beliau berkata “ walaupun kamu orang senang, tapi kamu kena belajar hidup susah. How ? when i’m in school I never asked my parents for money if I want to pay something. I search by myself. Saya kerja part time di kantin sekolah saya eventhough I know my parents have money. That’s all because saya nak belajar hidup susah. Kalau kamu tak belajar hidup susah u’re in comfort zone and of course u’re in dangerous. At the same time you learn how to survive your life.” Beliau juga selalu berpesan kepada muridnya untuk menyertai pertandingan sekiranya mempunyai peluang. “ Jangan takut, kalau salah belakang cerita yang penting kamu dah cuba dan kamu mempunyai pengalaman. Pengalaman juga merupakan perkara yang penting dalam hidup kita ,” kata beliau. Daripada kata-kata beliaulah membuatkan saya berminat untuk sertai kontes ini. Perkara lain yang membuatkan beliau menjadi inspirasi saya ialah beliau merupakan seorang yang suka melancong. Bila beliau melancong, beliau akan melihat sikap positif yang masyarakat luar suka praktikkan. Apa yang beliau lihat beliau akan praktikkan dalam hidupnya dan menyuruh kami cuba praktikkan dalam hidup kami. Seperti contoh, pada tahun yang lalu beliau pergi ke Korea, apa yang beliau lihat orang disana sentiasa membaca. Di stesen LRT mereka juga menyediakan surat khabar serta majalah percuma. Setiap seorang daripada mereka akan mengambil risalah tersebut semasa menunggu tren atau semasa di dalam tren. Beliau juga berkata semasa beliau ke London, beliau melihat orang di sana sangat menepati masa. Beliau berkata orang di sana sentiasa berjalan dengan pantas dan tidak bersembang kerana mereka perlu kejar masa kerana tidak mahu lambat ke tempat kerja atau ke sekolah dan sebagainya. Beliau melancong bukan untuk sahaja untuk suka-suka atau ‘ enjoy ’ tetapi dia melancong untuk melihat kehidupan serta budaya orang luar. Beliau selalu berpesan “ belajar dari sekarang menyimpan duit, make money by your own self then go travel for learn and release your tension .” Seterusnya, beliau berpesan kepada kami untuk mempraktikkan sikap-sikap positif tersebut dalam kehidupan harian. Perkara yang terakhir ialah beliau merupakan seorang yang menjaga kesihatan. Beliau sentiasa berpesan kepada muridnya untuk mengambil makanan yang sihat serta selalu bersenam untuk mendapat kehidupan yang sihat. Apa yang saya lihat, walaupun umur beliau sudah mencecah 40-an tetapi beliau masih kelihatan muda dan kuat. Pada 28 Februari yang lalu, sekolah saya telah menjlankan sukan tahunan sekolah. Beliau menyertai pertandingan berlari 100 meter untuk guru-guru dan beliau berjaya mendapat tempat kedua. Ini bermakna beliau masih mempunyai tubuh badan dan otot yang kuat hasil daripada penjagaan kesihatan yang dipraktikkan. Mengambil sarapan pada waktu pagi sebelum ke sekolah amat penting kata beliau. Beliau juga akan memastikan anak-anaknya bersarapan sebelum ke sekolah. Ketika musim panas ini, beliau sentiasa pesan untuk minum air dengan kerap dan banyak kerana air sangat penting untuk hidrasi. Jadi itulah merupakan perkara-perkara yang menyebabkan saya memilih Teacher Nadia sebagai guru inspirasi. Saya sentiasa menjadikan beliau sebagai inspirasi saya. Dalam setiap apa yang saya lakukan saya akan mengingati dan pegang kata-kata semangat yang diberi. Dalam menyertai kontes ini juga saya sentiasa memegang pesanannya iaitu “ sertai apa-apa pertandingan sekiranya ada peluang. Apa yang penting adalah pengalaman .”