Mr Mohd Shahid Bin Ahmad
From MRSM Arau

Nominated by Raudhatul Aqhilah Binti Yakob
Saya dan rakan-rakan memasuki MRSM Arau pada bulan Julai 2017 sewaktu tingkatan 4.Kami dikenali sebagai Andromeda dan mempunyai 108 orang ahli.Tuan Shahid berpindah dari mrsm lain ke MRSM Arau pada tahun 2018.Terlalu banyak pengorbanan yang diberikan oleh beliau terhadap kami dan sekolah.Sewaktu beliau mula mula bertugas di MRSM Arau,kami menjalani sebuah kem bina semangat untuk menghadapi spm pada tahun tersebut dan kem tersebut diuruskan oleh beliau sebagai kaunselor kami.Di situlah pertama kalinya kami mengenali Tuan Shahid sehinggalah hari ini.Pada waktu itu,Tuan Shahid lebih kepada seorang kaunselor yang membantu kami untuk berjaya.Namun,hari demi hari berlalu di MRSM Arau,kami makin mengenali Tuan Shahid dengan lebih mendalam.Beliau banyak membantu kami di saat kami susah dan senang,di saat kami perlu membuat keputusan yang sukar,di saat kami tersilap langkah sebagai seorang pelajar.Pada setiap hari Tuan Shahid akan datang ke asrama blok dan mengejutkan kami dari terus dibuai mimpi dan meninggalkan solat subuh berjemaah di surau.Semangatnya mengejutkan kami tidak dapat kami lupakan sehingga hari ini.Pada setiap hari,beliau akan membawa motorsikal nya di kawasan asrama dan menekan minyak sehinggalah kami bangun mengerjakan solat subuh.Bunyi motornya yang bising menjadi alarm kami pada setiap hari.Beliau akan sentiasa memantau rekod kehadiran subuh kami pada setiap hari supaya tiada seorang pun yang terlepas daripada menunaikan kewajipan kepada Tuhan. Beliau menggunakan motorsikal tanpa risau motornya akan rosak tidak dapat kami lupakan hanya demi mengejutkan anak2 pelajarnya solat subuh secara berjemaah pada setiap hari.Kemudian,Tuan Shahid akan bersama-sama membaca Al quran bersama kami dan memberikan kata positif pada setiap pagi sebelum kami bersiap ke sekolah. Pada setiap pagi dari pukul 5.30,beliau mengejutkan kami sehinggalah 6.30 setelah selesai solat dan surah Al waqiah.Kami berasa terlalu bersyukur mempunyai seorang guru yang penyayang dan tidak mahu melihat anak pelajarnya dihimpit di akhirat kelak kerana tidak solat subuh. Kami berasa agak bersalah sebenarnya kerana beliau terlalu banyak meluangkan masa bersama kami berbanding di rumah bersama keluarganya tercinta.Kadang kadang,beliau akan membawa anak anak beliau bersama.Beliau juga turut hadir untuk menunaikan solat berjemaah maghrib bersama kami dan membimbing kami melakukan aktiviti keagamaan di surau sehingga isyak.Beliau akan memastikan anak pelajarnya membaca Alquran di antara masa terluang maghrib dan isyak..Begitulah rutin kami di asrama pada setiap hari bersamanya..Kebiasaannya,beliau akan memberikan tazkirah ringkas supaya kami sentiasa beringat untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan. Di saat kami susah terutamanya dalam pelajaran,beliau banyak memberikan kata kata semangat dan inspirasi kepada kami supaya berjaya.Tidak pernah sekalipun beliau men'down'kan kami,malah beliau adalah guru yang handal,berbakat dalam banyak perkara.Daripada menjadi imam,beliau juga seperti seorang ustaz bagi kami.Beliau selalu membuat lawak untuk menggembirakan kami di saat kami down di samping menyelitkan kisah kisah berinspirasi kepada kami supaya terus belajar menuju kejayaan dalam spm.Beliau bersama pihak maktab banyak menyediakan sesi kem bina semangat,kem pemantapan spm,hala tuju spm,hala tuju selepas spm hanya khas untuk kami Andromedda.Pernah sekali,kami terlalu nakal di sekolah sehingga dikenakan tindakan disiplin.Namun beliau tidak memarahi kami sebaliknya beliau menasihati kami dan menceritakan cerita cerita teladan berdasarkan kisah nabi kepada kami.Kesabaran ,sokongan dan kepercayaan beliau kepada kami banyak mengubah kami menjadi modal insan yang berguna.Beliau menyokong kami untuk berubah.Dengan sokongan dan keprihatinan beliau terhadap kami,kami berjaya menjadi pemimpin dan pelajar yang lebih baik daripada dulu.Di saat genting di mana yang lain tidak mempercayai antara kami,beliau tetap teguh dan tidak menyalahkan kami sebaliknya sentiasa menyokong dan percaya kepada kami untuk berubah.Pada minggu minggu spm,beliau tinggal di maktab untuk bersama-sama dengan kami menduduki peperangan dalam dewan spm.Pada setiap pagi minggu spm,seperti kebiasaan beliau akan datang dengan motorsikalnya mengejutkan kami wira dan wirawati.. Solat subuh tidak akan dimulakan selagi semua orang belum cukup di surau..Kami semua perlu hadir ke surau terlebih dahulu barulah solat subuh berjemaah dilaksanakan..Begitu tuan amat menyayangi kami sehingga tidak mahu seorang pun antara kami yang tersasar dari solat subuh berjemaah. Sebelum kami mengambil peperiksaan, "ini adalah hari yang pertama untuk kamu pergi berperang dengan spm"beliau akan mengucapkan kata kata seperti ini pada setiap pagi.Kata kata beliau inilah membakar semangat kami untuk melakukan yang terbaik dalam spm kerana setiap hari merupakan hari pertama berperang.Beliau juga akan memulakan hari spm kami dengan positive vibes.Beliau membuka lagu lagu yang menenangkan jiwa kami sebelum spm sebentar lagi seperti lagu sabyan.Beliau menemani kami di waktu pagi,petang,malam dan setiap masa bersama kami.Beliau menghantar kami di dewan dan selalu menunggu kami di luar dewan setelah tamat kertas peperiksaan bersama guru guru yang lain.Kami terharu kerana dedikasinya dan keprihatinannya terhadap kami melebihi yang lain.Beliau tidak pernah mengeluh membantu kami dengan membelikan keperluan kami seperti air,alat tulis,buku untuk sewaktu minggu spm.Malah,beliau telah membawa kami Andromedda makan buffet di Kuala Perlis dan membelikan kami makanan sewaktu prep malam supaya kami gembira dan lebih bersemangat untuk belajar.Malahan pula,setelah kami selesai fasa peperiksaan.Beliau tidak membiarkan kami berseorangan.Beliau masih membimbing kami tentang apa yang kami perlu lakukan setelah spm.Beliau bernyanyi bersama kami,bercerita kisah-kisah penting bersama kami di dalam kumpulan whatsapp batch kami.Beliau akan selalu berkongsi info berguna kepada kami tentang biasiswa dan universiti setelah tamat spm.Jasa, pengorbanan, masa dan tenaga beliau yang seharusnya diluangkan bersama keluarga banyak diluangkan untuk kami..Beliau adalah guru yang hebat bagi kami kerana telah berjaya mengubah kami menjadi seorang insan yang berguna kepada diri,keluarga dan masyarakat .Tambahan pula,pada waktu akhir2 spm..Beliau tidak dapat bersama dengan kami kerana perlu menguruskan urusan lain..Beliau tiada di bumi arau pada waktu itu.Namun begitu,beliau tidak membiarkan kami dan sentiasa mengingati dan mendoakan kami..Beliau menelefon salah satu stesen radio hanya untuk mengucapkan goodluck kepada kami Andromedda dan mendoakan kami di seluruh pendengar radio tersebut..Hal inilah yang membuatkan kami semakin sayang kepada beliau.Beliau tidak pernah melupakan kami dan sentiasa menyokong kami walaupon berada di tempat lain..Pada kami,beliau bukanlah seorang guru.Beliau bukan sahaja seorang kaunselor,malah lebih kepada bapa kami,rakan kami,supporter kami,ustaz kami.Beliau selalu menjadi tulang belakang kami menyokong kami di saat sukar,genting dan senang.Beliau menganggap kami seperti anaknya sendiri..Selalu ada di saat memerlukan,suka duka dengan kami banyak berkongsi dengan beliau.Pengorbanan,caring nya beliau terhadap maslaah kami,perhatiannya terhadap kami dan kepercayaan beliau membuatkan kami lebih sayang kepadanya.Beliau lebih kepada seorang bapa yang tidak mahu melihat anak anaknya tersilap langkah di usia remaja dan akan datang. Beliaulah bapa Andromedda,bapa kami ?.