Nominees

Mr Chong sau lun

From Sjk(c) st. Peter telipok kota kinabalu

Nominated by Alvero Romyeo

Guru luar biasa, itulah ungkapan yang paling sesuai untuk beliau. Sanggup berkorban masa dan tenaga tanpa bayaran. Seorang guru yang sangat rajin. Kadang saya berpikir, cikgu ni kenapa tidak bercuti? Cuti hari sabtu, cuti umum dan cuti sekolah, beliau tidak pernah bercuti dari mengajar kami, murid-mufid yang mengikuti ko-kurikulum kaligrafi cina. Beliau cuma bercuti pada hari ahad sahaja. Semasa hari persekolahan pun, latihan kami dari habis kelas tambahan jam 3.20 petang, terus mengikuti latihan beliau sehingga jam 5 petang. Pernah juga ada murid beliau yang tidak dapat datang latihan masa cuti sebab masalah kenderaan, beliau sanggup mengambil murid tersebut di rumah dan menghantar balik selepas habis latihan. Beliau tidak mahu ada murid yang ketinggalan pelajaran walaupun satu hari sahaja. Beliau juga selalu membelikan makanan untuk kami semasa latihan. Siapa kata, sekolah jenis kebangsaan cina yang mempunyai 85% pelajar bumiputera, tidak dapat mencipta nama dalam bidang penulisan kaligrafi cina? Sjk(c) st. Peter telipok, kota kinabalu, sabah, atas bimbingan beliau telah pun mencipta nama bukan sahaja di peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah sehingga peringkat antarabangsa. Bukan mudah perjalanan kami sampai ke peringkat antarabangsa tapi atas motivasi dan semangat yang tidak kenal erti putus asa dari beliau akhirnya membuahkan hasil. Saya sangat bangga menjadi anak murid beliau. Saya telah dapat menjejakkan kaki ke negara beijing, china dan telah dapat melancong sambil belajar disalah satu universiti yang terkenal dengan kaligrafi cina selama satu minggu. Semua itu kerana beliau sentiasa menjadi lampu dan tulang belakang saya sehingga dapat merealisasikan impian saya. Beliau bukan sahaja seorang guru kepada saya tetapi seorang abang yg sentiasa menegur dan memberi kata-kata semangat kepada saya. Cikgu chong sau lun, pengorbanan cikgu kepada saya, susah saya gambarkan dengan kata-kata. May God Bless you sir Jasa mu dikenang hingga ke nafas terakhir