Nominees

Mrs Norazimah Abd Talib

From SMK Telok Panglima Garang

Nominated by Ahmad Zharif Imran

Sebut saja nama Cikgu Norazimah. Semua orang kenal. Bukan sahaja mempunyai pewatakan yang menarik, malah Cikgu Norazimah ni pandai mengajar. Kelas pasti akan meriah dengan tawa kami kerana cikgu yang bijak mengambil hati kami serta kelakar. Saya suka dengan Cikgu Norazimah kerana dia sangat sempoi semasa mengajar. Kalau ada pelajar tidur, pasti dia akan bertanya "Jaga anak ke malam tadi?". Kami pun malu nak tidur dalam kelas. Cikgu Norazimah ajar saya Sains Komputer dan juga guru kelas saya. Disebabkan nak skor subjek Cikgu Norazimah, saya sanggup bekerja separuh masa untuk membeli laptop sendiri. Cikgu selalu menggalakkan saya explore Java & sebagainya untuk mencari pendapatan sampingan. Katanya, jadikan pembelajaran Sains Komputer bukan sahaja untuk SPM tapi juga untuk pendapatan sampingan di zaman serba moden ini. Saya memang suka sangat subjek Sains Komputer ini disebabkan oleh Cikgu Norazimah. Saya berharap Cikgu Norazimah dapat menang Guru Inspirasi Mcdonald 2019 sebagai hadiah kepada cikgu dari saya pelajar yang 'bermasalah' ini.