Nominees

Ms Siti Suhaibah bt Abdullah

From Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra

Ms Siti Suhaibah bt Abdullah's photo

Nominated by Adib Darwis Bin Mohd Faizi

Saya adalah seorang pelajar Pendidikan Khas di SMK Bandar Seri Putra. Nama saya ialah Adib Darwis Bin Mohd Faizi. Saya ingin mencalonkan Cikgu Siti Suhaibah Binti Abdullah sebagai calon guru inspirasi kerana Cikgu Suhaibah adalah seorang yang sangat baik hati dan selalu membuat saya ada harapan dan bertambah semangat untuk datang ke sekolah dan belajar. Cikgu Suhaibah mengajar kami Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar. Setiap kali Cikgu Suhaibah akan menerangkan apa yang kami tidak faham menggunakan pendekatan yang mudah kami faham. Saya mempunyai masalah berkomunikasi, malu bergaul dan berkawan. Di sekolah saya memang susah untuk bercakap dengan kawan-kawan. Cikgu Suhaibah menggambil berat tentang diri saya dan menyedari masalah yang saya hadapi. Oleh itu, dia selalu mengajar saya cara berkomunikasi dengan kawan-kawan yang lain agar saya tidak malu berkawan. Cikgu Suhaibah selalu menunjukkan senyuman kepada kami walaupun cikgu banyak kerja dan ada masalah. Dengan sikap yang ditunjukkan oleh Cikgu Suhaibah, membuatkan kami gembira belajar bersamanya. Selain itu, Cikgu Suhaibah juga tidak pernah menunjukkan perasaan marah kepada kami walaupun ada antara kami yang buat salah. Pada tahun 2018, Cikgu Suhaibah memilih saya menyertai Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid Daerah Hulu Langat. Cikgu Suhaibah melatih dan memberi semangat pada saya untuk tidak malu berhadapan dengan orang ramai. Alhamdulillah dengan sokongan dan dorongan beliau, saya tidak malu berada di atas pentas untuk menyampaikan persembahan nasyid di hadapan semua murid di daerah Hulu Langat. Walaupun kami bukan Johan nasyid tetapi kami gembira kerana dapat membuat persembahan yang terbaik untuk Cikgu Suhaibah. Kami warga PPKI SMK Bandar Seri Putra sangat gembira kerana mendapat Johan keseluruhan daerah Hulu Langat. Kemenangan kami diraikan oleh Cikgu Suhaibah dan guru-guru PPKI lain dengan belanja kami makan KFC. Saya berharap kami akan memenangi pertandingan nasyid tahun 2019. InsyaAllah saya akan sentiasa mendoakan Cikgu Suhaibah agar terus mengajar kami sehingga habis sekolah. Saya berjanji kepada Cikgu Suhaibah untuk belajar bersungguh-sungguh dalam subjek Pendidikan Sains dan menyertai aktiviti dan program yang dianjurkan. Cikgu juga telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun murid PPKI SMK Bandar Seri Putra 2018 di KFC Bandar Seri Putra. Alhamdulillah Cikgu Suhaibah berjaya mendapatkan penajaan makanan dari KFC dan sumbangan lain untuk menjayakan majlis. Kami diraikan dengan penuh meriah disebabkan suasana di KFC yang selesa, hadiah yang banyak dan makanan yang sedap. Saya amat bersyukur kerana mendapat cikgu seperti ini yang bersungguh-sungguh membuat terbaik untuk anak-anak Pendidikan Khas. Semoga Cikgu Suhaibah terus diberikan kesihatan dan kekuatan untuk mengajar kami....terima kasih Cikgu Suhaibah..semoga Allah membalas jasa baik cikgu...saya dan kami sayangkan cikgu untuk selama-lamanya..... Inilah Guru yang disayangi oleh kami dan guru inspirasi saya..cikgu Siti Suhaibah binti Abdullah