Mrs Zarina binti Abdullah
From SMK Dato Sri Amar Diraja, Muar, Johor
Nominated by MUHAMMAD HAZIQ BIN ZAMBRI
Puan Zarina binti Abdullah atau lebih dikenali sebagai "ibu". Ibu itulah gelaran murid-murid kepada beliau. Bagi saya sendiri, beliau bukan sahaja guru tapi beliau adalah ibu di sekolah kami untuk pelajar-pelajar SMK Dato Sri Amar Diraja, Muar. Beliau merupakan seorang guru sejarah. Perkenalan saya dengan beliau adalah ketika saya di tingkatan empat. Beliau ditugaskan untuk mengajar sejarah di kelas saya. Ketika itu saya berada di tingkatan empat rajin. Kelas keenam daripada lapan buah kelas untuk batch kami. Kelas rajin merupakan kelas pertama aliran sastera. Ketika itu saya masih berada dalam keadaan sedih kerana pencapaian pt3 saya tidak memuaskan dan harapan saya untuk berada di aliran sains tidak kesampaian. Beliau benar-benar memberi inspirasi kepada saya bermula sejak lebih kurang seminggu selepas bermulanya sesi persekolahan untuk tahun 2017. Saya mula berasa selesa dengan beliau kerana beliau sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk kami mulakan suasana pelajaran yang baharu. Sesuai dengan gelaran ibu. Beliau tidak pernah membanding bezakan antara pelajar sastera dan pelajar sains. Itu yang membuatkan saya terharu dan tersentuh kerana ramai guru dan masyarakat menganggap pelajar sastera hanya akan memberikan masalah. Kata-kata beliau yang masih segar dalam ingatan saya adalah "dunia ini jahat untuk orang-orang yang malas dan tiada tempat untuk kamu". Ketika itu beliau marah kerana kami agak sedikit malas. Biasalah nama pun budak sastera. Kata-kata itu bagaikan panahan yang menusuk hati saya. Sungguh pedih! Saya memang seorang yang sukakan subjek sejarah. Tambahan pula dengan cara beliau yang lain daripada guru yang lain. Beliau menerapkan cara pembelajaram berdasarkan nota dan gambar. Apa yang membuatkan saya sangat menghargai ibu apabila nota itu ditulis dan dicipta sendiru oleh beliau. Apa yang boleh saya katakan, kami ibarat tidak belajar dari buku teks malah kami hanya belajar dari nota ibu sendiri. Beliau telah ciota nota untuk setiap tajuk dengan ayat yang lebih mudah untuk kami faham bersertakan gambar-gambar yg dicetak sendiri oleh beliau. Kami hanya belajar berpandukan nota beliau. Dari tingkatan empat sehingga ke tingkatan lima. Kami hanya rujuk buku teks bila perlu. Dengan nota beliau dan kata-kata semangat dari beliau saya dapat meraih markah sebanyak 96% untuk subjek sejarah dalam peperiksaan akhir tahun 2017. Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya berjaya raih markah setinggi itu. Walaupun ia hanya peperiksaan akhir tahun tapi ia satu kejayaan yang besar buat saya apabila saya berjaya menandingi pelajar sains untuk subjek sejarah. Walaupun saya gemar sejarah tapi saya tidak pernah meraih markah setinggi itu. Sungguh dari saat itu saya berharap bahawa beliau jugalah yang akan mengajar sejarah untuk tahun 2018 di kelas saya. Apabila saya tingkatan lima, beliau ditugaskan sekali lagi untuk membimbing kelas saya. Ia satu perkara yang meggembirakan saya. Sungguh saya tidak pernah rasa seperti itu sepanjang saya bergelar pelajar. Beliau orang pertama dan satu-satunya yang berjaya hadirkan perasaan sebegitu. Begitu hebatnya beliau sehingga memberi kesan dan suasana pembelajaran yang sangat harmoni untuk saya. Sambil mengajar beliau akan bercerita tentang masalah dunia, cerita-cerita yang mampu menginspirasi dan tidak kurang juga leterannya dek kerana sayangkan pelajarnya. Saya juga menyertai kelas tuisyen beliau yang diadakan di rumah beliau pada setiap hari ahad. Sungguh mengejutkan apabila kami dijamu dengan makanan-makanan ringan dan juga menu-menu minum petang semasa kelas tuisyen dijalankan. Jujur, saya tak pernah alami situasi sedemikian, suasana seperti itu. Di Johor hari Ahad merupakan hari persekolahan. Untuk pelajar tingkatan lima kami hanya dibenarkan pulang oada 2.50 tidak termasuk kelas tambahan. Kelas sejarah pada pukul 4 petang. Ia bukanlah suatu yang mudah dengan penatnya, kerja rumah, tertekan sebab kena marah di sekolah termasuk masih berlapar dan perlu hadir kelas sejarah pada waktu petang. Sejarah! Sungguh berat. Tapi bagi saya, kelas sejarah waktu petang di rumah beliau adalah ibarat kami bersantai di kedai kopi tetapi ada juga input dan ilmu baru. Dengan suasana yang sebegitu ia membuatkan saya tidak pernah berasa tertekan untuk hadirkan diri saya di kelas beliau. Beliau sangat terbuka dan memberi ruang kepada kami untuk bercerita tentang hari kami di sekolah tanpa sebarang tapisan. Kami bebas bercerita dan beliau akan terus menerus menyokong kami untuk terus belajar terutama subjek sejarah untuk som kerana ia subjek yang wajib lulus. Bagi saya itu adalah inspirasi kepada saya untuk masa hadapan. Sekiranya saya juga seorang yang besar, saya akan menggunakan kaedah seperti itu untuk anak buah saya. Setiap minggu kami dihidangkan dengan pelbagai menu. Nota-nota beliau tersangatlah banyak dan sangat-sangat membantu. Satu lagi usaha beliau yang benar-benar menginspirasi adalah dengan menganjurkan "kelas kucing". Kelas kucing adalah kelas dimana pelajar-pelajar yang hebat dalam sejarah perlu mengajar dua orang pelajar yang lemah dalam sejarah atau gagal dalam sejarah pada peperiksaan sebelumnya. Pada ketika itu saya terpilih untuk menjadi salah seorang pelajar yang perlu mengajar oelajar-pelajar yang lemah. Dengan kelas ini, bukan sahaja saya dapat bantu rakan saya malah saya dapat bantu diri saya juga. Dengan kelas ini saya didedahkan untuk menjadi seorang yang lebih berani kerana saya agak pemalu dan menyebabkan saya pasif di dalam kelas. Tapi dalam kelas beliau saya tersangatlah selesa. Berbalik kepada kelas kucing tadi, saya berjaya menimba ilmu sebagai guru atau moderator untuk kawan-kawan saya. Usaha ini sedikit sebanyak memberi impak kepada saya untuk keluar dari masalah pasif itu. Alhamdulillah dengan kelas kucing itu pencapaian saya sekali lagi melonjak ketika peperiksaan percubaan spm dimana saya berjaya meraih 92% untuk subjek sejarah dan dua orang rakan saya yang dibimbing oleh saya berjaya meraih gred C untuk percubaan spm daripada gred E dan D. Ini merupakan pencapaian terbesar saya apabila berjaya membantu rakan saya dan juga dapat menjadi antara pelajar top 10 untuk subjek sejarah di sekolah saya. Ketika masa semakin getir untuk berhadapan dengan peperiksaan terbesar kami, beliau tidak pernah berhenti menyerah. Beliau sendiri telah pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan guru cemerlang sejarah yang tersohor dan menimba ilmu untuk mempertajamkan lagi skills kami untuk menjawab kertas sejarah. Maka, beliau telah menerapkancara "beawak" kepada kami. Bunyi agak pelik tapi itu sangat membantu saya ketika menjawab kertas sejarah. Beawak adalah formula untuk menjawab soalan-soalan kbat pada kertas sejarah. Tapi bagi saya ia sesuai digunakan untuk semua kertas. Bagi saya itu adalah formula keramat untuk semua. Sungguh bagi saya beliau bukan seorang guru, tetapi beliau adalah seorang ibu di sekolah dan juga professor di sekolah saya. Ramai kawan-kawan saya yang lulus sejarah hasil dari usaha beliau dan ramai juga yang berubah hasil bebelan beliau. Saya boleh katakan semua pelajar menghormati beliau dari kelas pertama hinggalah yang terakhir. Beliau juga sangat disegani oleh guru-guru lain kerana beliau tidak pernah berasa malu untuk melakukan apa sahaja untuk kebaikan kami. Prinsip beliau, beliau akan melakukan apa sahaja, mengeluarakan wang berapa sahaja untuk kebaikan kami untuk skor dalam sejarah. Sungguh saya tak termampu untuk balas segala jasa baik beliau. Hanya doa dan harapan kepada beliau agar terus berada di bawah naungannya dan sihat sejahtera serta terus berjaya. Terima kasih, Ibu!