Nominees

Mr MOHD FADLI BIN SALLEH

From SK Gombak 1

Mr MOHD FADLI BIN SALLEH's photo

Nominated by AHMAD FIRDAUZ BIN ABDULLAH TAHRIN

Sepanjang mengenali beliau baik secara alam maya atau dikehidupan realiti, beliau nyata bukan seorang guru yang hanya berkhidmat disekolah dan terikat dengan waktu persekolahan sahaja, jauh sekali guru yang setiap 25 haribulan. Beliau adalah guru untuk semua tidak mengira siapa, tidak kira tempat bahkan tidak mengira masa, kerana setiap saat pasti ada sahaja yang akan dibantu beliau sama ada hal-hal pendidikan ataupun kebajikan. Sebagai seorang guru Matematik, tanggungjawabnya bukan sahaja pada anak-anak murid disekolah sendiri, tetapi beliau turut menyebar luaskan ilmu yang ada ke seluruh pelusuk negara demi memastikan pandangan dan persepsi terhadapat matapelajaran Matematik dapat diubah, dari satu matapelajaran yang menyusahkan kepada menyeronoka! Pastinya ia dapat direalisasikan melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan, untuk murid dan juga guru juga ibubapa sebagai penyampai. Mengunakan platform media sosial iaitu Telegram : t.me/MohdFadliSalleh, disitulah beliau berkongsi setiap pelbagai tips matematik juga isu-isu Pendidikan terkini untuk para guru dan ibubapa ambil cakna setiap masa. Selain menjadi pengerak dalam pendidikan melalui kaedah pembelajaran menyeronokan, beliau juga merupakan seorang aktivitis kemasyarakatan yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja amal tidak mengira masa. Melalui gerakan #danakita, telah ramai keluarga dan individu sekitar Selangor dan Kelantan yang telah dibantu beliau juga rakan-rakan yang prihatin diluar sana. Setiap apa yang dilakukan bersama Team #danakita, sentiasa dikongsi bersama followers beliau yang beratus ribu itu untuk menyebarkan mesej kasih sayang dan menarik minat masyarakat Malaysia untuk sama-sama menghulurkan bantuan tanpa mengenal warna kulit, jantina dan kepercayaan. Pada beliau, semua orang ada kisah tersendiri, tidak kira siapa, apabila mereka dalam kecelakaan dan gundah, tangan wajib dihulur, beban harus dipikul bersama-sama. Biar sama bangun, biar sama duduk, biar sama rasa perit, biar sama rasa manisnya. Dek kerana itu, pasti ada anak-anak murid yang tersenyum simpul kerana boleh ke sekolah, ada keluarga yang tidak lagi lapar dan menumpang teduh dibawah jambatan, dan sepasang tangan mengucap syukur tanda berterima kasih. Menyelusuri jalan dan kegelapan malam, menghantar bantuan tanpa pernah rasa terbeban. Itulah sisi kehidupan lain Cikgu Fadli yang kadang-kadang tidak siapa yang tahu, tiada siapa yang ambil peduli. Itulah sedikit kisah Cikgu Fadli, orangnya biasa-biasa sahaja, tapi punya semangat dan iltizam setinggi dan langit dan segagah pasak gunung. Demi keluarga, demi kehidupan yang lebih baik untuk generasi yang mendatang, walaupun tidak dikenali semua yang dibantu. Cikgu Fadli bukan sahaja suri tauladan tetapi hero sebenar dunia Pendidikan. Terima kasih cikgu! Kerana memberi inspirasi kepada kami para guru, juga buat anak didik tak kira dimana.