Mdm Munirah binti mohamed
From Smk paya kemunting
Nominated by Muhammad aiman bin azmi
Permulaan saya mengenal teacher semasa pendaftaran orientasi tingkatan 1 . Pandangan awal saya , saya ramalkan beliau adalah seorang yang pemarah dan baran . Perkenalan saya dengan teacher bermula saya melangkah masuk ke tingkatan 3 dan beliau juga guru kelasku. Beliau adalah guru bahasa inggeris. Apa yang saya kagum adalah beliau seorang pengacara majlis yang patut dicontohi dengan suara dan intonasi yang sedap. Apa yang menjadi kegagalan dalam hidup saya? Sebelum ini saya kerap melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sehinggakan satu tahap saya seronok dengan aktiviti luar kelas. Teacher pernah nasihatkan saya supaya balancekan akademik dan kokurikulum. Pada mulanya saya tak endahkan nasihat tersebut. Setelah ujian pertengahan tahun,saya dapati keputusan peperiksaan amat teruk sekali sehingga dapat teguran yang keras terhadap guru- guru yang lain. Lepas kejadian tersebut saya sedar ,keputusan kokurikulum cemerlang tidak mampu galas kejayaan tanpa kecemerlangan akademik. Selepas itu teacher munirah asyik melontar kemarahan serta nasihat yang tegas. Peringatan ini menyebabkan saya mula benci dengan teacher kerana rasa saya dipinggir. Sepanjang perjalanan menghadapi peperiksaan pt3 teacher tidak pernah berhenti untuk membantu saya dari segi akademik serta nasihat moral untuk ubah gaya hidup yang selalu saya terapkan. Setelah mendapat keputusan pt3 saya sangat gembira kerana mendapat keputusan 7A dengan harapan saya banggakan ibu dan guru guru . Dalam kegembiraan penuh kesedihan kerana terkilan oleh sikap saya yang bersangka buruk terhadap teacher. Saya ingat lagi pesan teacher semasa ingin menjawab peperiksaan pt3 " nasihat terakhir teacher buat sepenuh hati kamu luahkan ilmu yang kamu ada,teacher dah bantu kamu sebaik mungkin tiba masanya teacher harapkan kamu untuk banggakan teacher dan ibu bapa kamu"(dalam tangisan) dan teacher kata " jangan lupa call mak ayah kamu minta restu kerana restu mak ayah yang mendoakan kamu mendapat kejayaan" saya ingat pesan teacher sehingga kini . Baru aku sedar marah seorang guru bermaksud mereka sayangkan seperti anak sendiri. Mereka lebih arif kerana hati naluri seorang bergelar ibu itu menjadi pemangkin kejayaan saya. Selepas kejadian tersebut saya sedar akan kesalahan saya . Tahun2019 saya azamkan hidup saya untuk mengimbangi akademik dan kokurikulum . Itu yang jadikan beliau sebagai calon guru inspirasiku . Susah senang beliau ibarat ibu disekolah. Mengambil berat tentang kehadiran saya,kesihatan saya serta hal personal. Saya harap teacher akan sentiasa merestui ilmu yang teacher bagi dekat saya kerana tanpa teacher saya tak akan dapat keputusan begini . Ini membuktikan bahawa seorang guru boleh ubah kegagalan dalam kehidupan mencipta kejayaan kerana mereka makan garam dulu dari kita . Harapan saya,dimana pun teacher berada saya akan ingat pesan teacher serta kasih sayang yang diberikan selagi hayat dikandung badan.sekian terima kasih.