Nominees

Mdm Siti Habsah binti Shari

From SMK TAMAN MUTIARA RINI 2

Nominated by MOHAMAD HAZIQ IQBAL BIN MAHMUD

Kisah ini berkaitan dengan Guru Bahasa Melayu saya di Tingkatan 4 dan 5.Cikgu saya merupakan seorang yang cekal dan berdedikasi semasa menjalankan tugasnya dalam mendidik anak bangsa.Tidak kiralah apa cabaran dan halangan yang dilalui pasti dapat diatasi dengan baik ibarat menarik benang dia dalam tepung.Selain itu,Guru Bahasa Melayu saya ini juga merupakan seorang yang kreatif dan mempunyai pelbagai idea yang luar biasa.Hal ini bertujuan untuk menarik minat para pelajarnya terhadap apa yang diajar.Semua pelajar yang mempunyai masalah pasti akan mencarinya kerana dia mempunyai suatu sifat yang sudi mendengar masalah orang lain.Saya sering bertanyakan pendapat dan cara penyelesaian masalah yang saya hadapi kepadanya.Melalui sifatnya yang baik hati,pemurah dan guru yabg mulia,saya amat menginspirasikan beliau dan ingin menjadi seperti beliau.Akhir sekali,Puan Siti Habsah binti Shari ialah idola saya dalam dunia pendidikan.