Nominees

Mrs Puan Azlima Ahmed

From SMK Yaacob Latif

Mrs Puan Azlima Ahmed's photo

Nominated by NUR ALISA SYAHIRAH BINTI ZAINUN

Bangun pagi makan kurma, Pergi sekolah melalui titi; Guruku sayang Puan Azlima, Guru penyayang lagi baik hati. Perhimpunan pagi setiap hari, Waktu rehat main lastik; Guruku cantik bak bidadari, Tekun mengajar subjek matematik. Perut lapar makan ayam McDonalds, Pedasnya terasa sampai berpeluh; Semua pelajar guruku kenal, Penat mengajar tak pernah mengeluh. Dalam peti ada labu, Masak bersama pucuk paku; Dia lah Guru dia lah Ibu, Selamat Hari Guru wahai Ibuku. Puan Azlima Ahmed, seorang wanita bekerjaya yang mebanting tulang untuk melahirkan insan-insan yang bakal membangunkan negara dan mempunyai sahsiah terpuji. Beliau telah banyak mengajar saya erti kehidupan. Bukan sahaja di sekolah, di rumah juga saya dididik dengan penuh santun dan kesabaran. Saya bukanlah pelajar cemerlang, tetapi saya tahu bahawa saya akan membangga kan kedua ibu bapa saya serta menjadi contoh kepada adik-adik saya dia masa akan datang. Ini adalah kerana dorongan dari seorang Guru yang juga merupakan Ibu yang telah banyak memberi impak positif dalam diri saya.