Mr MOHD SUZAIDI BIN SUHOD
From Sekolah Kebangsaan Kahang
Nominated by SITI AMINAH BINTI ALIMIN
Cikgu Suzaidi adalah seorang guru yang terbaik bagi aku. Beliau banyak memberikan inspirasi kepada aku. Beliau merupakan seorang guru Matematik semasa aku berada di bangku sekolah rendah. Sikap beliau yang tegas semasa berada di dalam kelas ,tetapi adakalanya ketika berjumpa di luar kelas, beliau adalah seorang yang baik hati dan budi bicara. Guru yang amat disayangi oleh kami sekelas ketika itu. Teringat semasa aku berada di kelas Tahun 2 Bijak (sepanjang tahun 2005) , apabila sahaja Ujian Bertulis di adakan , keputusan yang aku dapat asyik tidak memuaskan mak dan abah. Terutama sekali mata pelajaran Matematik. Kenapa mak dan arwah abah begitu menitik beratkan pasal mata pelajaran matematik sahaja, bukan mata pelajaran lain ? Kerana nilai duit ringgit masa tu susah untuk di cari. Pekerjaan arwah abah hanyalah pemandu lori pada masa itu. Sedikit sebanyak dapat menampung kami 10 beradik dan emak. Mak tak nak aku tak pandai mengira, mak nak didik aku supaya lebih bijak menguruskan duit sendiri ketika berada bangku sekolah lagi. Itulah harapan dan diiringi doa seorang ibu. Oleh itu, azam untuk Tahun 3 adalah, ‘Aku kene lulus jugak mata pelajaran Matematik Tahun 3 ni!!! Aku nak mak aku bangga kalau aku dapat keputusan Matematik A untuk keputusan UPSR Tahun 6 nanti. Jadi kene belajar bersungguh-sungguh kalau nak berjaya.’ Habis cerita pasal matlamat aku, baiklah segalanya bermula semasa aku berada di kelas Tahun 3 Bijak . Azam baru disematkan dalam kepala. Nak berjaya mesti kene usaha . dalam kelas ini jugalah Cikgu Suzaidi mula menjadi guru Matematik aku. Semangat aku untuk mempelajari subjek itu semakin tinggi. Hal ini kerana sikap beliau yang memahami kami (murid-murid kelas bawah) ,beliau mengajar kami dengan begitu sabar. Selepas beberapa hari beliau mengajar , beliau mengarahkan kami semua agar menghafal SIFIR 2-12. Sebab nanti cikgu nak tanya soalan setiap hari sebelum kelas Matematik bermula. Kalau dapat jawab dengan betul, nanti dapat Buku Nota 555 tu (hehe). Bersungguh-sungguh la aku ni menghafal sifir tu. Sebenarnya bukan sebab dapat hadiah je tau,tapi ia adalah bagi memudahkan kami menjawab soalan-soalan untuk tajuk yang akan datang. Jadi, kalau usaha lebih mesti dapat capai apa yang kita nak. Sedikit demi sedikit keputusan Matematik aku meningkat. Semuanya berlaku sehinggalah aku bertukar kepada kelas 3 Pintar. Yeayy masuk kelas budak pandai sikit. Suka tu memang la ada. Tapi keputusan aku semenjak masuk kelas tu semakin mencorot. Masih belum meningkat macam murid-murid lain. Tetapi keputusan matematik semakin baik semenjak aku berada di kelas 3 Pintar. Masa tu cikgu lain yang ambil alih mata pelajaran Matematik , tidak lagi cikgu Suzaidi. Walaupun beliau tidak mengajar aku di kelas itu, aku tetap akan berjumpa beliau kalau ada soalan yang aku tak faham. Beliau tetap menerima setiap soalan yang aku tanyakan dengan terbuka. Beliau akan menunjuk ajar aku dengan cara beliau mengajar di kelas 3 Bijak , beliau akan terangkan sehingga aku betul-betul faham dan boleh menjawap soalan dalam buku tersebut. Keputusan aku untuk akhir tahun semasa di kelas 3 Pintar semakin baik. Hal berikutan masih menempatkan aku di dalam kelas Pintar untuk tahun 4. Masih guru-guru yang sama mengajar aku di kelas 3 Pintar , tetapi tidak bagi mata pelajaran Matematik. Nak tau tak cikgu siapa ?? Cikgu Suzaidi ke ? Yes , memang betul Cikgu Suzaidi yang ajar masa tu. Gembira betul aku belajar. Sampailah ke kelas tahun 5 dan tahun 6 . aku masih tetap berjumpa dengan Cikgu Suzaidi kalau ada soalan yang tak faham. Bila dah masuk tahun 6 ni kene bijak sikit, sebab tahun tu ada peperiksaan UPSR. Aku mula skor mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu (Pemahaman dan Penulisan) . konon boleh lulus la ketiga-tiga subjek tu. Huhuhuhu tapi keputusan percubaan yang telah aku capai tidak begitu baik. banyak C dan D . Matematik pun C. Sedih yang teramat, takut kena marah pon iya jugak. Beberapa minggu je lagi nak UPSR, aku jadi sering minta tunjuk ajar daripada guru-guru yang lain,tidak lupa jugak Cikgu Suzaidi. Hari yang berlalu begitu pantas, tiba masa untuk mengambil keputusan UPSR di Dewan Sekolah. Pihak sekolah turut mengadakan Hari Anugerah Cemerlang pada hari yang sama. Aku juga adalah salah seorang pelajar yang dianugerahkan bagi markah Tertinggi untuk mata pelajaran Matematik. Alhamdulillah. Tiba masa keputusan diserahkan, tengok kawan-kawan lain ,ibu bapa yang hadir untuk mengambil keputusan mereka, tapi aku tiada siapa yang ambil kerana emak sibuk menguruskan adik yang masih kecil ketika itu. Tapi aku gigihkan juga diri aku untuk naik ke atas pentas untuk amik keputusan aku. Yeayyy aku berjaya lulus dalam semua mata pelajaran. (2A 1B 2C) je. Nak tahu tak apa yang ‘A’ tu Matematik dan Bahasa Melayu Penulisan . Alhamdulillah , aku bersyukur sangat dapat keputusan tu. Segala tunjuk ajar semua cikgu yang mengajar aku amat dihargai. Semoga Cikgu Suzaidi dapat memenangi Anugerah ini. We love you CIKGU MATEMATIK .