Mr Aman Yasser Bin Pramlee
From MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens

Nominated by MUHAMMAD NAZRIN SHAH BIN MOHD SIRI
“Jika Hari Ini Seorang Perdana Menteri Berkuasa, Jika Hari Ini Seorang Raja Menaiki Takhtha, Jika Hari Ini Seorang Ulama Yang Mulia, Jika Hari Ini Seorang Peguam Menang Bicara, Jika Hari Ini Siapa Sahaja Menjadi Dewasa, Sejarahnya Dimulakan Oleh Seorang Guru Biasa, Dengan Lembut Sabarnya Mengajar Tulis-Baca”.. Sering Terdengar Ucapan Ini, Setiap Kali Sambutan Hari Guru Disambut Ceria. Namun, Aku Tidak Pernah Beranggapan Bahawa Pekerjaan Seorang Guru Itu Lebih Hebat Dan Mulia Berbanding Pekerjaan Yang Lain Sehingga Aku Berjumpa Dan Mengenali Seorang Guru Yang Bernama “Aman Yasser Bin Pramlee”. Nama Saya Muhammad Nazrin Shah Bin Mohd Siri. Bekas Pelajar SPM 2018 Di Sekolah Berasrama Penuh Yang Dikenali Sebagai Maktab Rendah Sains MARA Tun Mustapha Tawau (MRSM TMT). Saya Mendaftar Di MRSM TMT Pada Tahun 2014. Keunikan Berada Di Dalam Sistem MRSM Adalah Satu “Batch” Atau Tingkatan Akan Diberikan Seorang Guru Penyelaras Yang Diberi Amanah Dan Tanggungjawab Untuk Menjaga Keselamatan Dan Kebajikan Para Pelajar Dalam Satu Tingkatan Tersebut. Guru Penyelaras Bertindak Sebagai Wakil Kepada Ibu Bapa Pelajar. Dan Lebih Menarik Lagi, Apabila Budaya Di MRSM TMT, Menggunakan Gelaran “Papa” atau “Mama” Batch Sebagai Tanda Mewakili Ibu Bapa Para Pelajar Dalam Tingkatan Tersebut. Cikgu Yang Menjadi Inspirasi Saya Adalah Cikgu Aman Yaseer Bin Pramlee. Merupakan Seorang Guru Sejarah, Yang Baru Sahaja Dipindahkan Di MRSM TMT dari MRSM Kuala Kubu Baru. Beliau Dipindahkan Ke MRSM TMT pada tahun 2016. Pada Tahun 2014 Sehingga Semester 1 2016, “Batch” Saya Dijaga Dengan Baik Oleh Seorang Guru Yang Sangat Krearif,Baik Dan Penyayang. Namun, Beliau Telah Dipindahkan Ke MRSM Mersing Kerana Ibu Bapa Nya Yang Sedang Sakit. Saya Dan “Batch” Saya Sangat Sedih Kerana Kami Kehilangan Seorang “Papa” Batch Yang Sudah Hampir 3 Tahun Bersama. Kami Percaya Bahawa “Patah Tumbuh Hilang Berganti”. Namun, Yang Menggantikan “Papa Batch” kami sudah pasti tidak sama dan mungkin lebih teruk”. Namun pandangan tersebut berubah 180 darjah setelah saya dan yang lain bertemu dengan cikgu aman yang telah diamanahkan untuk menjadi “Papa Batch” kami. Dalam Tempoh Empat Bulan Lagi, Saya Dan Yang Lain Akan Menduduki Peperiksaan PT3. Namun, Saya Dan Yang Lain Masih Sedih Dan Tidak Dapat Menerima Perpindahan Guru Penyelaras Kami. Selaku Guru Penyelaras Yang Baru, Cikgu Aman Telah Bertungkus Lumus Dan Berusaha Agar Kami Semua Bersedia Dengan Sebaiknya Sebelum Menduduki Peperiksaan PT3. Beliau Menyediakan Jadual Yang Teratur Untuk Kami Semua. Cikgu Aman Akan Sentiasa Bersama Kami Bukan Sahaja Pada Waktu PDP di dalam kelas. Namun, akan bersama kami pada waktu malam selepas solat isyak untuk memantau kami semua belajar dalam suasana kondusif pada waktu “Preparation Class” setiap malam di blok akademik. Selepas “Preparation Class” Kami akan solat hajat dan membaca surah yassin di surau bersama-sama dan akan mendengar teguran dan kata2 motivasi dari cikgu aman. Kata-kata dan teguran cikgu aman sangat memotivasikan ibarat ayah yang sedang memberi nasihat kepada anaknya. Dan lebih terharu lagi, apabila Cikgu aman sanggup membazirkan masa hujung minggunya untuk melakukan aktiviti bersama kami semua. Yang Menjadikan Cikgu Aman Sebagai Sumber Inspirasi Saya Apabila Beliau Telah Melantik Saya Untuk Menjadi Ketua Batch. Bukan Sekadar Melantik Dan Membiarkan Saya Bekerja Sendiri, Beliau Telah Mengajar Saya Tentang ilmu kepimpinan. Beliau Mengajar Saya Bagaimana Untuk Menjaga Dan Mengawal Pergerakan Rakan-Rakan Batch Saya Yang Lain. Beliau Mengajar Saya Untuk Berurusan Dengan Pihak Atasan Sekolah Untuk Meluluskan Aktiviti Batch Kami. Beliau mendidik saya untuk sentiasa bersikap profesional dan mengawal emosi dengan baik ketika memimpin. Bagaimana Untuk Bercakap Dan Menarik Perhatian Orang Ketika Memberi Ucapan Di Khalayak Ramai. Tidak Dapat Diceritakan Semua, Betapa Banyaknya Ilmu kepimpinan yang telah beliau ajarkan saya untuk menjadi seorang pemimpin yang berfikiran kelas pertama. Bercita-Cita Untuk Menjadi Seorang Akauntan Bertauliah, Cikgu Aman Telah Membuka Perspektif Pemikiran Saya Dan Memberanikan Saya Untuk Menjadi Seorang Ahli Politik Yang Dapat Berbakti Kepada Masyrakat Khususnya Di Daerah Tawau Yang Saya Cintai Suatu Hari Nanti. Tidak Dapat Dinafikan Lagi, Cikgu Aman Menjadi Sumber Inspirasi Saya Apabila Beliau Sanggup Balik Lewat Malam Ke Rumahnya, Hanya Sekadar Untuk Menjaga Dan Memastikan Kami Sentiasa Hidup Dengan Suasana Gembira Di MRSM TMT. Beliau Seorang Yang Pemurah Apabila Selalu Membelanjakan Duitnya Untuk Membelikan Kami Makanan Seperti McD, KFC dan banyak lagi. Bukan Itu Sahaja, Cikgu Aman Sanggup Memasang Telinganya Untuk Mendengar Curahan Hati Kami Apabila Saya Dan Batch Saya Yang Lain Ditimpa Masalah. Saya sedar, biarpun cikgu aman kurang tidur dan rehat, itu tidak mematahkan semangat beliau untuk sentiasa ikhlas dan mengajar dengan bersungguh-sungguh. Kelas Sejarah Dan Pendidikan Sivik Juga Tidak Pernah Bosan Kerana Kreativiti Dalam Penyampaian Pembelajaran Yang Dilakukan Oleh Cikgu Aman. Beliau membuka mata saya bahawa ilmu mampu diperoleh dengan pelbagai cara. Pada Tahun 2016 Sehingga Saya Menjawab Kertas Peperiksaan Terakhir Semasa SPM 2018, Pengalaman Dididik Oleh Seorang Cikgu Yang Bernama Aman Yasser Bin Pramlee Atau Panggilan apabila saya memanggilnya iaitu “Daddy Aman”, akan terus segar diingatan. Saya berharap dengan memanggilnya Dengan gelaran “Daddy” akan membuatkan diri saya agar sentiasa ingat dengan pengorbanan yang dilakukan oleh beliau seperti ayah saya sendiri apabila beliau sentiasa berada di belakang saya to support Me through up and down. Sentiasa memotivasikan Saya untuk menjadi yang terbaik. Saya bersyukur kerana Cikgu Aman Dipindahkan ke MRSM yang lain selepas saya menamatkan pengajian di MRSM TMT. All The Best Di MRSM yang baru daddy. Saya mendoakan my Beloved Daddy Aman sentiasa bersemangat untuk mendidik anak watan negara yang bakal memegang tampuk pemerintah negara suatu hari nanti. Thanks For All The Things That You Have Done Daddy. Just To Let You Know, That You’re The Best Version Of Teacher That I Have Met. You Really Define “A Teacher” Yang Mendidik Studentnya Untuk Mempunyai Impian Dan Bercita-Cita Tinggi Di Masa Hadapan. Hope I Can Make You Proud With My SPM result and Be somebody in the Future. Tapi satu benda yang saya tidak akan lupa, iaitu “Siapa Saya Hari Ini” hasil didikan seorang guru, khususnya guru yang saya anggap macam ayah saya sendiri. Yang Bernama “Cikgu Aman Yasser Bin Pramlee”. I Love You So Much Daddy, And I’m Going To Miss You So Much After This ?