Mr Chow Yong Quan
From SJK(C) JEMALUANG

Nominated by Theng Yu Xuan
Guru inspirasi saya ialah Cikgu Chow Yong Quan. Beliau adalah seorang yang sangat ceria dan selalu positif.Beliau juga seorang yang tegas dan bertanggungjawab atas tugasan yang diberikan. Beliau adalah guru yang mengajar saya subjek bahasa cina dan guru Taekwondo.Beliau mengajar muridnya taekwondo secara percuma. Ramai pelajar yang amat menyayangi dan menyukainya. Beliau sentiasa memberi sokongan kepada kami untuk meneruskan minat kami supaya kami lebih rasa yakin. Sebab itulah, kami menyukainya. Seorang guru yang hebat itu bukanlah mereka yang berjaya mengajar murid mereka sehingga pandai semata-mata, tetapi seorang guru yang hebat itu adalah mereka yang berjaya mendidik muridnya menjadi manusia yang berjaya.