Nominees

Mr NUR AZIZI BIN OSMAN

From MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI MADINATUL HUFFAZ

Nominated by MUHAMMAD SYAFIQ BIN ROZALI

Guru saya ialah NUR AZIZI BIN OSMAN,beliau merupakan seorang guru biasa. Tetapi beliau sangat tabah dalam mengajar dan mendidik kami. Beliau akan berusaha apa jua supaya murid-muridnya belajar dalam keadaan yang selesa dan mencapai matlamat. Selain mengajar beliau sangat prihatin terhadap makan minum kami,beliau lah yang mejaga kami di waktu siang dan malam. Beliau juga sangat peka jika kami menghadapi masalah, beliau sentiasa ada di samping kami untuk menyelesaikan masalah tersebut. Disebabkan itu kami merasakan guru kami bukan lagi orang yang biasa. Seorang guru yang hebat itu bukanlah mereka yang berjaya mengajar murid mereka sehingga pandai semata-mata,tetapi seorang guru yang hebat itu adalah mereka yang berjaya mendidik muridnya menjadi manusia yang berjaya.