Nominees

Mdm CHAI FOON LAN

From SJK CHUNG HUA KIM CHOO SENG

Nominated by TAY KUI CHOO

Cikgu Chai Foon Lan mulai berkhidmat di SJK Chung Hua Kim Choo Seng sejak tahun 1988 sebagai guru sandaran. Saya dapat mengenali beliau secara lebih dekat mulai tahun 2008 apabila saya bertugas sebagai Guru Besar di sekolah itu sehingga sekarang. Beliau semenangnya seorang pendidik yang tidak mengenal penat lelah, yang sangat komited dan berdedikasi, yang senantiasa berikhtiar untuk menyempurnakan tugas yang diberikan dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pendidik walaupun sudah lebih 30 tahun berkhidmat. Sepanjang masa saya menjadi Guru Besarnya, saya ingat selama ini, beliau hanya memohon sehari cuti sakit, beliau sangat sayangkan masanya bersama murid-murid dan amat mementingkan pelajaran murid-muridnya. Beliau selalu mengorbankan masa rehat petang selepas sekolah dan masa hujung minggu atau cuti sekolah bersama keluarga untuk memberi bimbingan kepada murid-murid yang masih lemah dalam pelajaran secara sukarela. Selain itu, beliau juga selalu menghabiskan masanya dalam menyediakan bahan dan modul pengajaran dan pembelajaran khasnya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi membantu murid-muridnya dan juga untuk rakan-rakan guru yang memerlukannya. Murid-murid juga sangat sukakan Cikgu Chai kerana beliau selalu memberi galakan dan hadiah sumbangan sendiri bagi memotivasikan murid-muridnya dalam pelbagai aspek supaya murid-murid menunjukkan kemajuan dan peningkatan. Semangat tinggi dan usaha gigih beliau dalam mendidik juga membawa berkat kepada kami sebagai rakan sejawatnya. Beliau juaga selalu memberi pendapat dan nasihat yang munasahah dan bernas kepada kami dalam mengatasi masalah-masalah yang dihadapi serta sedia memberi sokongan dan bantuan jika diperlukan. Bahkan beliau juga selalu terlibat dalam memberi sumbangan dalam aktiviti-aktiviti perkongsian kemahiran dan pedagogi peringkat luar sekolah. Terdapat ramai ibu bapa di sekolah ini yang merupakan bekas murid-muridnya. Kebanyakan komuniti setempat juga mengenalinya dan memberi maklum balas yang positif dan pujian kepada beliau yang banyak memberi bakti dan jasa dalam mendidik anak-anak masyarakat setempat selama 30 tahun lebih ini. Pendek kata beliau merupakan seorang pendidik yang sangat dihormati dan diteladani, yang sentiasa memberi inspirasi kepada orang lain khususnya guru-guru.