Mr Muhammad Syazwan Bin Muhammad Zaki
From Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat
Nominated by Lailly Erinna Binti Shahrulhaizam
Sir syazwan merupakan seorang guru yang bertanggungjawab.Beliau telah menjadi sumber inspirasi kepada kami semua untuk menjadi sepertinya.Hal ini demikian kerana,tanpanya kami tidak akan mencapai kejayaan kami dalam memenangi produk kreatif serta gerai dan pameran jualan terbaik sewaktu ekspo keusahawanan di MRSM Kuantan.Dalam pada itu,sir syazwan juga telah mengajar kami untuk menjadi seseorang yang santai dalam membuat sesuatu kerja tetapi biarlah kerja yang dibuat dengan santai itu bermanfaat dan menjadi tunggak kejayaan yang akan diperoleh.Selain itu,sir syazwan juga merupakan seorang guru yang prihatin terhadap semua anak muridnya.Walaupun dalam keadaan santai atau 'cool',sir syazwan sentiasa ada bersama kami semasa melalui hari-hari yang seterusnya.Sir syazwan juga merupakan seorang guru yang mudah untuk bergaul serta mudah rapat dengan anak muridnya.O leh yang demikian,sir syazwan merupakan seorang guru yang banyak berjasa kepada kami semua.Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas segala jasa sir syazwan kelak.