Nominees

Mdm AZIMAH BINTI HAMZAH

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO'ABDUL RAHMAN YASSIN

Mdm AZIMAH BINTI HAMZAH's photo

Nominated by WAN MUHAMMAD AKMAL BIN WAN ZAINAL ANUAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman atau kisah inspirasi saya yang amatlah bermakna buat diri saya.Saya adalah seorang pelajar sekolah menengah di Johor Bahru.Saya sememangnya berminat terhadap Choral Speaking sejak saya sekolah rendah lagi tetapi apakan daya saya tidak pernah terpilih untuk memasuki Choral Speaking atas faktor kurang keyakinan dan tiada bakat semulajadi.Saya akui sememangnya saya tidak mempunyai bakat di dalam diri saya tetapi saya ingin mencuba nasib untuk memasuki Choral Speaking kerana saya memang gemar akan Choral Speaking.Ramai pelajar kurang faham apa itu Choral Speaking.Bagi fahaman saya Choral Speaking adalah suatu kumpulan yang menyampaikan suatu mesej dengan gaya mereka tersendiri dan menggunakan bunyi melalui suara pelajar sendiri tanpa sebarang alatan muzik.Itu bagi fahaman saya ketika itu.Ketika saya berumur 16 tahun iaitu tingkatan 4 saya memasuki lagi sekali Choral Speaking setelah saya mendapat tahu akan ada suatu pertandingan yang akan diadakan dengan menghantar klip video menerusi link laman web yang telah ditetapkan oleh pihak pengajur iaitu Bank Rakyat.Kemudian lima video klip yang terpilih akan bertanding di peringkat akhir yang diadakan di Kuala Lumpur.Saya amat gembira mendengar cerita tersebut apatah lagi berkenaan dengan tempat pertandingan yang diadakan.Setelah itu saya berjumpa dengan Madam Azimah untuk memasuki Choral Speaking.Saya telah dipilih dan didaftarkan untuk memasuki pertandingan itu saya amat teruja sekali seperti mahu menjerit yang teramat.Namun begitu saya tiba-tiba terfikir berkenaan peristiwa dahulu saya tidak terpilih atas faktor kurang keyakinan dan tiada bakat dalam diri saya.Walaubagaimanapun,Madam Azimah sangat lain dari yang lain bagi saya kerana dia telah memberi saya sokongan yang sangat padu untuk saya tidak berputus asa dan terus berusaha dalam Choral Speaking ini.Saya juga seperti telah mempunyai aura semangat semula untuk berusaha dan terus berusaha supaya saya mampu mempunyai bakat yang hebat juga dan mempunyai keyakinan yang tinggi.Setelah mendapati terdapat 20 orang pelajar yang telah memasuki pertandingan itu,terdapat segelintir pelajar yang tidak dapat memasuki disebabkan telah mencukupi tetapi Madam Azimah memberi semangat kepada mereka dan meminta untuk sentiasa juga bersama-sama kami untuk memberi sokongan kepada pasukan Choral Speaking ini.Madam Azimah juga telah berjanji kepada mereka yang tidak terpilih iaitu sebanyak tiga orang pelajar itu akan mengikuti kami juga dan mendapat markah yang tinggi bagi markah kokurikulum juga.Walaupun begitu,pasukan Choral Speaking kami mendapat cemuhan dan kritikan daripada pelajar dan segelintir guru bahawa pasukan Choral Speaking di SMK Dato' Abdul Rahman Yassin tidak akan layak untuk terpilih ke separuh akhir pertandingan,tetapi Madam Azimah kata'it okay at least we try our best to approve to everyone that we can be a champion'.Saya berasa sedih juga setelah mengetahui Madam Azimah tidak mendapat sokongan daripada rakan-rakan guru.Saya dan ahli pasukan saya bersatu hati dan berkorban masa demi pasukan Choral Speaking.Kami sanggup berpenat lelah untuk hari ini tetapi menang untuk hari esoknya.Madam Azimah juga sentiasa berada di sisi kami untuk membantu dalam latihan Choral Speaking.Madam Azimah juga sanggup berkorbankan masanya bersama keluarga demi Choral Speaking dan waktu rehatnya untuk buktikan sekolah kami juga mampu berjaya.Madam Azimah juga sanggup membuat kek untuk kami ketika kami berlatih pada waktu cuti walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang secukupnya.Kami amat menghargai segala pengorbanan yang diberi oleh Madam Azimah.Pada hari yang kami perlu membuat video klip yang berdurasi 10 minit itu,kami perlu meminjam dewan sekolah lain kerana dewan sekolah kami tidak terlalu besar untuk kami membuat video klip tersebut.Sememangnya hendak meminjam dewan sekolah luar ini amatlah susah dan kadang-kadang banyak karenah dan alasan yang kami dapat seperti waktu penggunaan dewannya tidak boleh lebih 2 jam.Kami juga tidak mempunyai masa yang terlalu banyak untuk membuat video klip tersebut kerana masanya sangat terhad.Setelah selesai membuat video klip tersebut kami pulang ke sekolah semula dan hanya mampu berdoa kepada Allah supaya sekolah kami terpilih untuk peringkat seterusnya.Lebih kurang tiga minggu kami tidak mendapat maklum balas tiba-tiba,Madam Azimah masuk ke kelas aku.Aku dan beberapa rakanku yang lain yang memasuki Choral Speaking itu agak terkejut kerana mengetahui kita telah terpilih untuk memasuki ke peringkat akhir.Kami amat bersyukur dan guru-guru lain agak terkejut dan mengucapkan tahniah kepada Madam Azimah.Kami juga berkumpul semasa latihan untuk berbincang perkara seterusnya,kami perlu membetulkan sedikit pergerakan kami dalam Choral Speaking.Kami sepasukan Choral Speaking amat bangga dan ingin melakukan sehabis baik supaya dapat membanggakan Madam Azimah yang banyak menghabiskan waktu bersama kami.Walhal,kami juga pada ketika itu kekurangan wang yang cukup kerana makanan di Kuala Lumpur juga agak mahal.Ya sememangnya pihak penganjur ada memberi makanan juga tiga kali tetapi mungkin tidak cukup bagi seeetengah pelajar yang kelaparan lagi.Jadi kami rancang bersama Madam Azimah untuk membawa makanan ke Kuala Lumpur.Setelah sampai pada waktunya makanan yamg kami bawa terlalu banyak seperti untuk stok makanan seminggu.Setelah berada di Kuala Lumpur kami melihat ahli-ahli Choral Speaking di sekolah lain amat hebat-hebat belaka.Namun demikian Madam Azimah juga kata'buktikan kepada mereka semua walaupun kita dari sekolah yang biasa sahaja tetapi kita mempunyai bakat yang tidak semua orang nampak tapi Madam nampak bakat itu dalam diri kamu semua,Madam nak kamu tonjolkan bakat kamu dan buat sebaik mungkin'.Kata-kata yang diucap oleh Madam Azimah amatlah membuat kami sangat senang hati dan bangga kerana Madam memahami kami.Kami sepasukan Choral Speaking dan Madam Azimah sudah seperti satu keluarga yang besar yang sentiasa berkongsi pelbagai perasaan yang bercampur aduk dari segi perit dan manisnya.Kami sekeluarga telah mempunyai satu pengalaman yang amat seronok buat kami semua seperti pengalaman dalam bas,ketika di hotel dan peristiwa-peristiwa yang secara tidak sengajanya kami lakukan.Kadang-kadang saya juga malu terhadap Madam Azimah kerana saya peristiwa yang agak menduka citakan boleh mengakibatkan Madam Azimah yang perlu menanggung segala malu yang telah saya lakukan tetapi Madam Azimah sanggup memaafkan saya.Saya amatlah bersalah tetapi Madam Azimah masih tetap senyum kepada saya walaupun peristiwa tersebut hampir memalukan bagi Madam Azimah.Akhir sekali,sekolah kami mendapat tempat keempat dalam pertandingan itu di peringkat kebangsaan.Walaupum tidak mendapat top 3 Madam Azimah tetap bangga dengan kami dan berkata'dapat no.4 itu pun sudah kira terbaik kerana kita semua dah mengalahkan lebih kurang 143 buah sekolah yang berada di Malaysia'.Ada segelintir dari kami yang menangis,diam dan kecewa tetapi Madam Azimah tetap bangkitkan semula semangat kami dan buat kami semua ketawa semula.Madam Azimah telah kami anggap sebagau seorang ibu kami yang kedua di sekolah.Setiap pembaca mungkin sesetengahnya memahami perasaan kami sesetengahnya kurang mendapat apa perasaan kami bersama Madam Azimah yang banyak sangat berjasa sehinggakan kami tidak dapat membalas jasa baiknya yang membuatkan kami mencipta sebuah memori yang indah di Kuala Lumpur bersama ahli Choral Speaking yang lain.Pengalaman ini bukan cuma pengalaman saya ataupun pasukan ahli Choral Speaking kami,tetapi pengalaman kami bersama Madam Azimah yang banyak berjuang habis-habisan demi menaikkan nama sekolah dan membawa kami ke Kuala Lumpur untuk mempersembahkan Choral Speaking di sana.Saya berharap agar suatu hari nanti Madam Azimah diberikan kesihatan yang sempurna serta akan dilimpahi dengan rezeki dan rahmat yang melimpah ruah daripada Allah S.W.T.Saya serta ahli Choral Speaking dari SMK Dato' Abdul Rahman Yassin Johor Bahru sayang Madam Azimah.Dialah guru inspirasiku..