Nominees

Mr MOHD FADHLI BIN MUFTI

From SMK LAYANG-LAYANG

Mr MOHD FADHLI BIN MUFTI's photo

Nominated by MUHAMMAD HAZIQ ZIKRY BIN MOHD KHAIRUDIN

“Guruku Inspirasiku” Pada saat semua kepercayaan diriku hilang, semangat meraih cita-citapun telah lenyap dalam angan. Sir Fadhli, seorang guru yang mempunyai hasrat tersirat iaitu semangat mengajar yang besar dalam diri dan raganya. Beliau selalu memberi cahaya dan pandangan baru didalam diriku yang lapuk ini. Kadang berupa semangat, ilmu, dan nasihat. Dalam kepribadiannya bukan hanya keseriusan dan ketegasan dalam mengajar, namun juga ada senda tawa dan perkongsian tentang pengalaman hidupnya selama ini. Beliau bukan sekadar guru bagiku, bahkan aku telah menganggap beliau sebagai seorang bapa. Saat aku terpuruk ataupun sedang mengalami kegagalan dalam mencapai cita-cita. Beliau tidak memarahiku, bahkan beliau tetap memberiku dorongan, semangat dan nasihat agar aku tidak menyerah sampai akhirnya Aku sangat bersyukur Allah telah memberikan kesempatan kepadaku untuk menjadi muridnya. Beliau merupakan guru bahasa Inggeris ku. “God might not give what we want, but surely He gives what we need”, itulah salah satu nasihat dari beliau yang akan selalu ku sematkan dalam hati. Tanpanya, tidak mungkin aku akan menjadi manusia yang lebih baik lagi disetiap harinya. Karena aku yakin Allah tidak memberikan apa yang kita inginkan, namun Allah memberikan hal yang terbaik bagi kita.