Nominees

Mdm Salamah binti Raup

From Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajjah Rahmah

Nominated by MOHD SYAFIQ ASHRAF BIN SABDIN

Saya merupakan seorang penuntut ilmu di Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajjah Rahmah, Kota Kinabalu, Sabah. Memang dari tingkatan 1 lagi kami telah diajar Bahasa Arab Komunikasi dan saya telah mendapat A dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga 2015, apabila saya tercabar dengan pencapaian guru-guru agama kami di sekolah saya yang berjaya menjadi alumni Universiti Al-Azhar, Mesir membuatkan saya mengimpikan universiti berprestij tersebut suatu hari nanti, maka oleh itu saya perlu sediakan asas bahasa arab yang mantap, tetapi saya sedar bahawa hanya dengan Bahasa Arab Komunikasi ketika tingkatan 3 tersebut tidaklah memadai. Sehinggalah saya di tingkatan 4, subjek Bahasa Arab kami ditingkatkan lagi 'level'nya menjadi sebuah subjek SPM iaitu Bahasa Arab Tinggi. Saya sejujurnya ketika tingkatan 5 saya akui bahawa penguasaan bahasa arab saya agak lemah disebabkan oleh faktor jawatan, faktor wakil sekolah dalam acara-acara syarahan dan lain-lain sehinggalah saya hanya mendapat B+ dalam subjek Bahasa Arab Tinggi ketika Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2017. Selepas SPM, saya telah melanjutkan pembelajaran saya di peringkat setaraf Diploma iaitu di tingkatan 6, iaitu saya akan menduduki sebuah peperiksaan iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia pada tahun 2018 di sekolah yang sama juga. Untuk pengetahuan pihak McDonald, penguasaan bahasa arab saya semakin lemah ketika mengikuti pengajian dalam tingkatan 6, lagi lagi apabila dalam sijil ini, ia membekalkan sebanyak 19 subjek dan digabungkan menjadi 10 kertas peperiksaan sahaja DAN kesemua subjek kami adalah dalam Bahasa Arab yang akan dipelajari HANYA dalam tempoh 8 bulan tidak termasuk tempoh peperiksaan percubaan pada Ogos dan peperiksaan bertulis sebenar pada awal bulan Oktober. Untuk menelaah 19 subjek berbahasa arab di mana silibusnya diambil dari Sekolah Tinggi Al-Azhar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, ia adalah kedengaran 'mustahil brooo'. Tetapi ia sebenarnya tak mustahil bagi sesiapa yang mengimpikan Al-Azhar Universiti dan juga bidang-bidang Pengajian Islam di universiti tempatan, lagipun STAM adalah jalan singkat menuju ke ijazah sarjana muda. Berbalik kepada cerita tentang seorang guru ni, namanya adalah Ustazah Salamah binti Rauf. Ustazah ini mengajar kami di tingkatan 6, di mana segala memori bermula di sini. Ustazah ini mengajar kami Nahu-Sarf (Tatabahasa Arab), Balaghah (Kesusasteraan Arab) dan juga apa apa sahaja subjek yang berkaitan dengan linguistik arab seperti subjek Arudh Qafiah (Kaedah Pembinaan Syair Arab) yang juga kami pelajari dalam sijil tersebut. In fact, beliau merupakan Ketua Panitia Bahasa Arab di sekolah kami, dan beliau juga merupakan LULUSAN WANITA NEGERI SABAH YANG PERTAMA dari Fakulti Linguistik Arab dan Kesusasteraan Universiti Al-Azhar dengan mendapat Jayyid Jiddan bagi ijazah sarjana mudanya suatu ketika dahulu, ini membuatkan saya lebih tercabar hahahahahahaha. Bermulanya saya di tingkatan 6, saya sudah tekad untuk menolak sebarang jawatan, wakil sekolah dan apa apa sahaja yang saya anggap mengganggu konsentrasi dan masa saya untuk belajar. Sepanjang saya belajar untuk tingkatan 6 ini, pada fasa awal, sejujurnya saya merupakan antara pelajar yang sangat rajin tidur di kelas, sehingga ustazah saya ni merajuk dengan saya, dan saya telah akui bahawa subjek Tatabahasa Arab di tingkatan 6 ini amat sukar dan berat, dan beliau selalu menyindir saya dengan perkataan 'berat' itu di kelas PdP saya. Hari semakin hari, bulan makin bulan, tarikh peperiksaan pun semakin hampir, tetapi di sinilah saya masih gagal dalam kertas kertas beliau iaitu Nahu Sarf dan Balaghah setiap kali ujian dan peperiksaan. Saya semakin runsing, dan akhirnya saya berazam dan bertekad untuk kejar impian saya untuk menyambung ijazah sarjana muda di mana mana fakulti Pengajian Islam dengan keputusan STAM yang cemerlang. Sejak itu, saya rajinkan berjumpa dengan beliau, bertanya, minta ajar dan saya masih ingat kata-kaya beliau yang menjadikan saya lebih proaktif dalam pembelajaran iaitu, 'dalam apa bahasa sekalipun, terutamanya Bahasa Arab kerana kamu STAM tahun ini, ingat, untuk menguasai kota ilmu, kita perlukan kunci, kunci nua adalah pemahaman tatabahasa yang tinggi akan membuka pintu ilmj sekalian alam'. Kata-kaga beliau kupegang sehingga hari peperiksaan. Pada 17 Oktober 2018, Rabu dan 23 Oktober 2018, Selasa, ia adalah hari aku berjuang untuk subjek Balaghah dan Nahu Sarf. Aku tawakkal. Aku lelah. Aku hancur di dalam. Kerana kebanyakan soalan aku menjawabnya dengan hiba dan tidak yakin serta takut akan kegagalan 'diploma' ini. Sangat memalukan! Selepas sahaja kedua-dua paper tersebut, saya terus meminta maaf kepada Ustazah Salamah 'because I did not performed well like I did for the other subjects'. Ustazah begitu tenang menjawab yang beliau tidak marah, tetapi bersyukur kerana ada pelajar yang gagal tetapi masih mahu belajar, seperti siapa? Seperti, aku. Akhirnyaa, 17 hb Januari 2019, merupakan hari penentuan, hari keluarnya result kami, dan aku akui takut bersemuka dengan ustazh tersebut sekiranya aku gagal, aku akui bahawa Nahu Sarf dan Balaghah amat memudahkanku dan membantuku mempelajari subjek lain seperti Hadis, Tauhid, Tafsir dan lain lain. Berbalik kepada tadi, tanganku ketar ketar, menerima slip dan sijil tersebut, diiringi dengan senyuman Ustazah Salamah sambil menyindir saya lagi 'Macam tidak berat saja tu subjek Nahu Sarf dan Balaghah, kan Ashraf?'. Saya tertanya-tanya, adakah mungkin pelajar yang selalu tidur dan dimarahi oleh ustazah ini di kelasnya boleh lulus? Saya masih bingung. Sehinggalah saya mencapai sijil dan slip yang dihulurkan beliau, dan kuakui terkejut dan syukur pada ilahi atas pencapaiku dalam kedua-dua subjek tersebut dengan baik. Last but not least, saya rindukan Ustazah Salamah dan suaminya juga yang merupakan guru Hadis kami, iaitu Ustz Nurhassan. Cara didik mereka amat menjadikanku seorang yang mengamalkan ilmu yang dicurahkan oleh mereka. Kepada Ustazah Salamah binti Raup, saya ingin sampaikan kepada ustazah yang, terima kasih kerana selalu marah saya, sindir saya, ajar saya tanpa menunjukkan penat anda. Saya tahu kadangkala ustazah penat, tapi disebabkan oleh keikhlasan ustazah sendiri, hari ini saya telah memegamh sebuah Sijil Tinggi Agama Malaysia 2018 dengan pangkat keseluruhan JAYYID JIDDAN (3 Mumtaz 7 Jayyid Jiddan) dan saya telah mendapatkan Jayyid Jiddan (ibarat gred B) dalam subjek Nahu Sarf dan juga telah mendapat Mumtaz (ibarat gred A) dalam subjek Balaghah. Saya sayang dan rindukan ustazah, doakan saya menjadi seorang peguam Syarie yang berjaya, saya tentu tahu bahawa ustazh mengetahui impian daku dek kerana selalu menyindirki hehehehe. Kepada pihak McDonald, saya akui yang, dengan sumbangan jasa ustazah tersebut, kini saya mampu membaca, memahami dan berinteraksi dengan baik terhadap mana mana text artikel mahupun conversation yang melibatkan penggunaan Bahasa Arab secara baku. Saya akhiri kisah kejayaan saya ini dengan sebuah pepatah Melayu, 'biar penat sekarang, jangan sesal kemudian'. Assalamualaikum dan sekian terima kasih :)