Mr MOHD SHUKRI BIN MOHD SHARIFF
From SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Nominated by MOHAMAD SHAMIM BIN MOHD SHUKRI
Terlintas dalam fikiran, begitu kuatnya pengorbanan seorang insan yang bergelar cikgu dalam melaksana tanggungjawab untuk membangunkan dan memantapkan lagi pendidikan dalam aliran TVET. Dalam erti kata lain, tiada sedikit keluh resah yang di luahkan dari cikgu yang bergelar guru. Bagi seorang cikgu pulang lewat ke rumah itu biasa. Baginya, menjadi seorang guru dalam mendidik anak bangsa tiada galang gantinya. Perlu ada sifat terbuka, positif dan ikhlas dalam menguruskan segala urusan. Selagi hayat dikandung badan, cikgu akan mencurahkan segala ilmu yang ada kepada semua pelajar yang memerlukan. "Gagal sekarang, tidak beerti gagal selama-lamanya","Tidak penting dimana anda bermula, tetapi penting dimana anda berakhir" itulah pesanan cikgu buat saya dan Alhamdulillah doa cikgu termakhbul dan kini saya juga seperti cikgu. Akan saya ingat pesanan dan kata-kata semangat yang cikgu berikan. Bukan mudah untuk menukar persepsi orang sekeliling mengenai halatuju TVET. Namun insan yang bergelar guru terutamanya aliran TVET yang perlu menukar persepsi orang sekeliling dengan sedaya upaya untuk memantapkan lagi TVET. Itu membuktikan bahawa cikgu dalam aliran TVET telah berusaha dalam mendidik dengan bersemangat dan berwawasan demi memantapkan lagi aliran TVET. Hargailah seorang guru yang telah banyak mencurahkan segala ilmu dan pengorbanan pada kita semua. "GURU TVET MEMANG MANTAP", "SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA INSAN YANG BERGELAR PENDIDIK"