Ms NURUL HUDA BINTI ABDULLAH
From SM SAINS DUNGUN
Nominated by MUHAMMAD AMIR BIN SAMSUDIN
Saya bertemu dengan seorang guru yang sangat peramah,baik hati dan prihatin setelah saya memasuki SM Sains Dungun(SMSD). Beliau merupakan guru tingkatan saya yang dikenali sebagai xtravia batch 1418. Beliau diberikan tanggungjawab untuk menjaga tingkatan saya,namun beliau tidak pernah menganggap itu satu bebanan tetapi sebagai satu anugerah yang tidak ternilai. Dari saya tingkatan 1 hingga 3 segala kebajikan saya dan kawan-kawan saya beliau jaga dengan penuh kasih sayang. Saya masih ingat sewaktu saya demam, beliau merupakan orang pertama yang membawa saya ke klinik. Walaupun hidup di asrama tanpa ibu bapa,namun apabila beliau di sisi saya segala kerinduan itu dapat dikurangkan kerana beliaulah ibu bagi saya di SMSD. Semasa di tingkatan 3, beliau selalu membantu saya dalam subjek bahasa inggeris. Pernah didenda berdiri di luar kelas kerana tidak menyiapkan tugasan,tapi itulah kenangan bagi saya. Apabila berlaku pergaduhan dalam kalangan murid tingkatan saya, beliau terus mengadakan perjumpaan untuk selesaikan masalah itu. Akhirnya,56 orang pelajar tingkatan saya berjaya memperoleh 10A dalam pt3. Setelah saya berada di tingkatan 4 dan 5, beliau tetap prihatin tentang kebajikan saya. Beliau seorang guru dan seorang ibu yang amat saya sayang. Thank you teacher.