Nominees

Mrs NURULHUDA BINTI ISMAIL

From SMK SERI PERAK 34200 PARIT BUNTAR

Nominated by NURUL FARHANA BINTI ABU HASAN SYAZALI

Pn. Nurulhuda ialah guru yang penyayang dan sentiasa bersemangat untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang diceburinya seperti menghasilkan sajak, puisi dan lain - lain lagi. Beliau ialah guru mata pelajaran bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu. Beliau juga banyak mengajar saya untuk berusaha selagi kita mempunyai peluang untuk berjaya. Beliau juga sering bertungkus lumus dalam apa jua yang dilakukan untuk membentuk hati saya yang kemalasan dan kebodohan ini. Tanpa lelah mengalah, beliau tetap bersabar untuk membimbing saya ke jalan yang benar. Jasa beliau tidak dapat saya membalasnya dengan harta dan duit tetapi dengan kejayaan serta kasih sayang. Terima kasih cikguku tanpamu saya bagaikan debu yang bertiup jauh daripada kebenaran dan ilmu pengetahuan. Saya berharap cikgu dapat terus berjaya dan maju di masa hadapan. Cikgu kaulah inspirasi terbesarku.