Mdm Ernie Md Saleh
From Smk agama Miri Sarawak

Nominated by Norhijrah Binti Ismail
Dialah guru, dialah ibu, dia permaisuri hati kami. Dia adalah guru saya yg mengajar Prinsip Perakaunan di SMK AGAMA MIRI , beliau adalah salah seorang guru yang saya paling rapat dan saya juga rapat dengan keluarga beliau. Anak2 beliau amat rapat dengan saya sudah seperti keluarga sendiri. kekadang saya teringat latihan yang kami selalu buat untuk menyeimbangkan buku akaun tapi selalu jugak tak seimbang , dan sekarang apabila saya sudah menghabiskan zaman sekolah cikgu sllu sebut '' seimbangkan kehidupanmu '' ya, kata2 itu amat bermakna bagi saya. Saya amat kagum dengan beliau kerana beliau seorang yang kuat dan tabah menjalani kehidupan sehariannya seorang diri kerana suaminya telah meninggal Dunia ketika kami Tingkatan 4 untuk mengurus anak2nya tanpa mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Guru. Beliau seorang yang penyayang dan tegas terhadap murid-muridnya. Saya teringat waktu sekolah dulu, setiap hari pagi2 atau petang saya akan berjumpa dengan cikgu utk bertanyakan soalan Akaun, sebab saya jenis lambat faham. Tapi disebabkan cikgu tak pernah jemu mengajar kami, saya juga tak akan berputus asa utk menimbailmu dri beliau . Sampai lah pada sehari sebelum kertas SPM Prinsip Perakaunan, saya tiba2 migrain mungkin sebab dah terlalu banyak benda yg kena hafal dan terlalu risau sebab perlu tgk balik PQS. Malam tu kitorang buat persiapan terakhir utk exam Akaun dan itulah pertama kali beliau mengadakan kelas malam dgn kami kerana sebelum ini kami pernah meminta beliau utk mengadakan kelas malam tetapi beliau menolak atas alasan malam bersama anak. Kami faham. Sebab tu cikgu hampir setiap hari buat kelas waktu siang dengan kitorang. Saya menangis rasa down sangat2 malam tu sebab kepala dah tak boleh nak belajar sgt terlalu sakit. Cikgu pujuk dan peluk,dan cakap dengan saya '' awk jgn risau, semua tu awak dah belajar, inshaAllah hijrah boleh jawab, yakin, doa banyak2 moga Allah bantu '' Allahu, masa tu dah hilang keyakinan sangat2 tak tahu nak minta sokongan drpada siapa lagi2 berjauhan dengan keluarga tapi dengan pelukan dan kata2 yg cikgu berikan, saya rasa lega sikit dan tak risau sangat, hanya berdoa pada Allah moga Allah bantu. Kata2 lembut seorang cikgu memang memberi semangat kepada saya untuk terus yakin dan berjuang. Pada akhirnya apabila keputusan SPM keluar, saya taksangka subjek yang beliau ajar alhamdulillah LULUS kerna masa menjawab exam tu saya tidak berapa sihat. Berkat doa Guru Alhamdulillah. ♥️ Cikgu, terima kasih atas segalanya Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan cikgu. Semoga cikgu sentiasa Diberikan kesihatan yang baik untuk terus melahirkan generasi yang berguna pada masa akan datang, semoga cikgu diberi kekuatan dan sntiasa dibawah Lindungan Dan kasih syg Allah selalu. Doakan saya selalu cikgu. ❤️ Saya sayang Cikgu kerana Allah. ❤️ Moga berjumpa di Jannah. Terima kasih cikgu!! ??