Nominees

Ms NUR'AIN BINTI MAT

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PELANGAI

Nominated by NUR KHAIRUNNISA BINTI JAAFAR

Assalamualaikum. Saya nk kongsi cerita tentang cikgu BM saya yang serba boleh. Cikgu ini merupakan cikgu saya, sahabat saya dan juga kakak saya. Hal ini kerana cikgu ini hadir dalam hidup saya saat saya mengalami sakit tulang belakang yang agak teruk. Cikgu ini telah hadir memberi kata-kata semangat. Satu kata-kata beliau yang saya tak akan lupa saat saya sedang sakit dan putus asa dalam pelajaran iaitu "sakit kita, kita saja yang rasa, jadi orang tak akan tau kita jatuh hari ini sebab kita sakit. Kita buktikan yang sakit kita tak jadi penghalang bagi kejayaan kita". Kata-kata tersebut membuatkan saya bangkit dari terus jatuh. Dua tiga bulan sebelum SPM, saya tinggal bersama beliau. Beliau telah menjaga saya dengan baik sekali. Menjaga makan minum saya tanpa meminta balas. Hanya satu yang beliau mahu iaitu kejayaan untuk masa depan saya. Beliau telah menghabiskan banyak wang dan masa untuk kejayaan saya. Sehingga ke hari ini saat saya sudah bergelar bekas pelajar beliau dan sambung belajar ke tingkatan 6 atas nasihat beliau, beliau tetap hadir sebagai pemberi semangat untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Disaat saya sakit ketika ini juga beliau hadir dengan beri bantu hadir dari jauh melawat saya untuk memberi ubat-ubatan yg dibeli menggunakan duit sendiri. Jasa beliau hanya allah sahaja yang dapat membalas. Cikgu ini bukan hanya mahir dalam BM tapi beliau juga merupakan pencetus lahirnya pemain-pemain bola tampar di sekolah Seri Pelangai. Disaat dan ketika orang sekeliling merendahkan kebolehan pelajar, cikgu ini tetap berusaha mengajar dan terus melatih para pemain sehingga berjaya. Semasa team bola tampar sekolah tiada danar untuk membeli bola dan menghantar team untuk pertandingan cikgu ini sanggup mengeluarkan duit sendiri demi kejayaan pelajar dalam bidang sukan. Cikgu ini juga mahir mengendalikan PA sistem. Hampir semua aktiviti sekolah cikgu ini akan sibuk. Beliau la yang menguruskan PA sistem untuk memastikan perjalanan majlis berjalan lancar. Adakalanya bukan bidang tugasnya juga beliau tetap berusaha untuk membuat yang terbaik untuk sekolah dan pelajar. Beliau tidak pernah mengeluh didepan saya disetiap apa yang berlaku. Beliau merupakan seorang cikgu yang simple. Cikgu ini rela mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan juga perasaan untuk kejayaan pelajar. Beliau tidak pernah penat untuk terus mengajar walaupun senakal mana kami ini sebagai pelajar. Waktu yang sepatutnya beliau rehat dihabiskan dengan mengadakan kelas tambahan siang dan malam demi kejayaan pelajar. Waktu satu ketika beliau diarahkan oleh doktor untuk rehat dirumah disebabkan masalah kesihatan. Namun beliau tetap gigih dan kuatkan diri untuk terus mengajar pelajarnya. Terima kasih cikgu. Semangat dan kata-kata cikgu terus menjadi penguat untuk saya berjaya dalam hidup. Pengorbanan cikgu cukup banyak untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya. Dalam garang beliau terselit juga kasih sayang yang telah banyak mengubah sikap pelajar yang nakal di sekolah.beliau merupakan seorang guru yang aktiv. Cikgu Ain seorang cikgu, sahabat dan juga sering menjadi kakak kepada kami. Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang.