Nominees

Mrs Siti Sarah binti Baharuddin

From Smk Alor Akar

Mrs Siti Sarah binti Baharuddin's photo

Nominated by Fatin Nabilah binti Mohd Suhairi

Puan Siti Sarah merupakan seorang guru terhebat yang pernah hadir dalam hidup saya. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Melayu yang sangat komited kerana berjaya mencungkil bakat saya dalam pertandingan pantun dan syarahan sehingga berjaya ke peringkat negeri swalaupun pada awalnya saya tidak pandai dan tidak berminat. Sesiapa sahaja yang mengenali beliau pastinya tertarik dengan raut wajah dan perwatakan beliau yang sangat ramah serta mudah mesra. Beliau merupakan inspirasi saya dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5 kerana sentiasa memberikan sokongan moral yang sangat tinggi kepada saya dan kawan-kawan sehingga saya berjaya mendapat 11A dalam PT3 ketika berada tingkatan 3. Lebih membanggakan, beliau juga merupakan tonggak utama pasukan bola jaring sekolah dan merupakan jurulatih bola jaring peringkat negeri. Saya amat berbangga mempunyai seorang guru seperti beliau yang sanggup membakar diri seperti lilin demi kejayaan anak murid yang disayangi. Beliau amat disayangi oleh semua pelajar di sekolah dan beliau merupakan guru inspirasi terhebat dalam hidup saya❤️. Pawana bertiup di Kampung Peramu, Rerama indah terbang di taman, Jasamu luhur seikhlas hatimu, Terpahat di jiwa sepanjang zaman.