Mdm Nur Liyana Binti Abdullah
From Sekolah kebangsaan Sungai Binjai

Nominated by Nur Laila Shafiqah bt Abdullah
Cikgu Liyana,satu nama yang tidak asing dikalangan murid sekolah Sungai Binjai,terutama murid tahun 1.Mengajar subjek Sains dan Bahasa Inggeris demi menjadikan seorang insan berguna pastinya banyak memberi inspirasi kepada saya selaku anak didiknya suatu ketika dulu.Ketika saya masih buntu dengan masa depan sendiri,berperang dengan kewangan,beliaulah yang banyak menghulurkan tangan memberi sinar pada masa depan saya.Saya masih ingat,beliau lah yang bersungguh-sungguh memberi keyakinan pada saya dan mendesak saya memilih jurusan pendidikan juga kerana beliau nampak potensi dalam diri saya.Saya menolak mentah pandangan beliau kerana saya yakin masa depan saya bukan di sekolah tapi di tempat yang lebih gah dan mencabar.Kami kerap bertikam lidah membahaskan baik buruk tindakan yang saya pilih.Ya,saya pilih untuk tidak meneruskan pengajian kerana tidak mendapat pinjaman meneruskan pengajian.Hinggalah suatu hari,beliau menangis ketika dibiliknya dan saya melihat satu surat dibelakang buku beliau.Coretannya berbunyi,”Jika Aku belum mampu Memanusiakan Insan,Aku tidak layak digelar Pendidik”saya terdiam dan tanpa sedar air mata mengalir.Saya segera memeluk Cikgu Liyana dan akan berusaha menjadi pendidik seperti beliau.Kini,saya sedang menjalani praktikal di sebuah sekolah swasta.Cikgu Liyana adalah orang yang paling gembira mendengarnya.Terima kasih cikgu kerana menyedarkan saya erti masa depan yang cerah kerana,kau seorang intan terpilih membantu ramai insan,kau bukan sahaja pendidik malah seorang kakak dan mentor yang kukagumi.Sanggup bersusah payah demi melihat anak didikmu menuju puncak kejayaan.Saya masih ingat moto cikgu,”Masalah pendorong kejayaan”Harapan saya suatu hari nanti,moga menjadi seorang guru seperti Cikgu Liyana.Diingati,disayangi dan menyantuni pelajar tidak kira usia.