Nominees

Mrs Fatma Hafizah binti kasin

From Sam unwanus saadah

Nominated by SYAMSUL QAMAR BIN HABIB

Saya mendapat pendidikan di sebuah sekolah agama. Madrasah yang digelar oleh pelajarnya dengan jolokan "sekolah atas bukit". Ya, SAM Bestari Subang Jaya. Kisah aku bermula. Kebiasaan pelajar di sana mempunyai latar belakang agama. Mampu membaca Alquran dengan bertajwid. Namun, tidak pada aku. Jujur, apabila diminta membaca quran, aku akan menjadi gugup. Malu. Dan di sinilah,Allah hantarkan seorang Ustazah yang bimbing saya. Beliau tidak mengecam. Tidak memandang hina. Malah, beliau sanggup luangkan 10 min tika loceng rehat. Di bawah teduhan Taman Anggur. Aku mengalaunkan kalimah suci, Beliau membetulkannya. Dan kini, sudah hampir 2 tahun lebih tidak berjumpa. Dan aku berada di iium, tahun satu. Berusaha sedayaku, menghabiskan degree dalam bidang Al-Quran dan As-Sunnah. Berkat tunjuk ajar, ketekunan beliau.Aku mula untuk memahami, belajar, dan mencintai Al-Quran warisan daripada Penghulu segala nabi. Moga ustazah sentiasa sihat selalu. Rindu untuk bersama di bawah teduhan taman anggur. Jazakillahu khair ustazah Fatma!