Mr Mohd Nazir B Noh
From Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin
Nominated by MUHAMMAD.HAFIZUDDIN BIN ZAWAHI
Semua pelajar di Malaysia mempunyai guru yg menjadi inspirasi bagi mereka untuk berjaya pada masa hadapan.Saya mempunyai seorang guru yang menjadi inspirasi saya untuk menjadi sepertinya iaitu seorang guru Bahasa Melayu. Diberi gelaran Encik Nazir atau Cikgu Nazir di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin di Kuantan,orangnya berbadan sederhana serta kelakar,pandai bergaul dengan anak muridnya di kelas dan seorang yang penyabar.Beliau sering bersabar melayan kerenah kami sekelas yang nakal ini walaupun kami sering berperilaku kurang adab beliau tetap mahu bersabar kerana katanya kami bagaikan anak-anak nya di sekolah. Selain itu,beliau pandai mengajar kami yang susah untuk belajar perkara baru.Cikgu Nazir akan memberi formula yang lain daripada yang lain serta memberi teknik ajar yang kurang suasana ketegangan di dalam kelas.Setiap kali beliau menjejakkan kaki ke dalam kelas kami,beliau akan siapkan dengan soalan bagi memudahkan kami mengingati apa yang dipelajari dan teknik yang diajar beliau menjadikan Bahasa Melayu sebagai matapelajaran kegemaran kami. Seterusnya,Layanan beliau kepada setiap pelajar beliau adalah sama rata,walaupun beliau juga mengajar kelas yang lebih tinggi tahap pemikiran tetapi beliau tidak memandang atas dasar kebijaksanaan semata-mata.Perilaku beliau itu telah membuatkan ramai pelajar di sekolah kami menjadikan beliau sebagai contoh.Beliau tidak membandingkan kami yang kurangnya ilmu pengetahuan ini dengan kelas-kelas lain yang lebih tinggi ilmu pengetahuannya kerana beliau pernah berkata bahawa "Semua orang lahir dari pencipta yang sama dan kembali kepada pencipta yang sama juga". Hal ini demikian kerana,beliau mempunyai buku rujukan yang di buat olehnya sendiri dan buku rujukannya mendapat pujian dari guru-guru dari serata negeri Pahang kerana teknik yang diberi amatlah mudah dan berkesan kepada para pelajar.Walaupun dia terkenal kerana menjual buku rujukannya itu,beliau tidak sombong dan belagak dengan guru-guru yang lain kerana sudah diajar merendahkan diri,dia turut mendidik anak-anaknya supaya merendahkan diri apabila dengan masyarakat. Natijahnya,beliau seorang yang kuat agama.Beliau akan menyelitkan kata-kata para ulama tempatan untuk menambahkan ilmu kami sekelas.Beliau tidak pernah terlepas akan solat fardhu ketika di sekolah dan di luar sekolah.Beliau juga sering mengajak kami sekelas untuk mengerjakan solat bersama-sama walaupun ada yang diantara kami yang keras kepala.Beliau sering juga memberi ceramah selama 5 minit kepada kami setiap kali waktu pengajaran beliau. Akhir sekali,beliau seorang yang peramah apabila bersama dengan orang baharu.Beliau cepat membuat rakan dengan guru yang baru berpindah di sekolah kami,walaupun pernah ditengking kerana digelar peramah tak bertempat,Cikgu Nazir terus menjalankan tugasnya sebagai seorang guru dengan senyuman yang terukir manis di wajahnya.Baginya,ianya merupakan satu kebiasaan seorang guru apabila berada di sekolah kerana baginya tugas seorang guru amatlah berat dan ianya merupakan tanggungjawab baginya untuk mendidik kami sehingga berjaya. Cikgu Nazir telah menjadi inspirasi saya untuk menjadi seorang guru matapelajaran Bahasa Melayu yang mempunyai nilai-nilai murni yang banyak serta menyemaikan nilai bertanggungjawab sebagai seorang guru.Pengalaman Cikgu Nazir telah menyedarkan saya bahawa kehidupan sebagai seorang guru amat sukar kerana mereka terpaksa mengawal emosi dan perasaan apabila menerima cacian dan makian daripada ibu bapa.Cikgu Nazir,saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh sehingga saya berjaya hasil daripada ilmu yang diberi oleh cikgu.