Nominees

Mrs Nurul Wahida bt. Hassan

From SMK Dato' Haji Hassan Yunos

Mrs Nurul Wahida bt. Hassan's photo

Nominated by GOH KAI JUEEN

Saya seorang pelajar STPM yang sedang belajar di SMK DHHY. Sebelum masuk ke tingkatan 6, saya bercita-cita ingin menjadi seorang guru. Saya merupakan seorang yang berminat dalam subjek Biologi. Tetapi disebabkan oleh keputusan subjek Fizik saya dapat A- dalam SPM menjadikan saya "terpaksa" masuk 6BF (6 BAWAH FIZIK). Oleh itu, saya juga cuba belajar subjek Physics dalam semester pertama. Melalui peluang ini, saya telah mengenali seorang guru yang mesra dan bertanggungjawab, iaitu Pn Nurul bt Hassan. Beliau merupakan seorang guru yang telah mengajar selama 8 tahun. Pada pandangan saya, beliau merupakan seorang guru yang bakat dalam mengajar subjek Fizik. Selain itu, beliau juga seorang yang mesra dan prihatin kepada pelajar. Walaupun kami tiga orang pelajar sahaja dalam kelas itu. Beliau juga sanggup mengajar kami dengan bersungguh-sungguh dalam proses Pdp. Sekiranya ada sesiapa yang tak faham, beliau juga sanggup memjawab soalan kami supaya. Tidak ada soalan yang beliau tidak dapat jawab. Inilah sebabnya saya kata beliau sebagai seorang guru yang bakat dalam Fizik. Walaupun begitu, saya gagal dua kali dalam peperiksaan kali pertama, UPK1 dan percubaan STPM semester 1 , U3P1. Dalam hati saya berfikir: "Ai~~ nanti actual STPM pun sama juga lah >_<". Tapi saya cuba berusaha dalam STPM semester 1 kerana "usaha tangga kejayaan". Pada hari pengumuman keputusan, saya tak sangka saya boleh dapat "B" dalam Fizik. Semasa kawan saya memberitahu beliau bahawa keputusan saya, beliau juga tak sangka saya boleh mendapat keputusan itu. Beliau berasa gembira kerana beliau hanya menjangkakan saya dapat C sahaja dalam peperiksaan tersebut. Saya juga nampak muka senyuman yang manis pada hari itu ^_^. Oleh sebab itu, sekarangan saya bercita-cita menjadi seorang guru Fizik seperti Pn Nurul Wahida ataupun guru subjek Matematik atau Sains. Selain itu, Beliau merupakan orang yang menarik minat saya dalam belajar Fizik. Saya bersyukur kerana mendapat seorang guru yang baik itu. Akhir sekali, saya berharap saya boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM ini supaya dapat masuk universiti dan menbanggakan beliau.