Nominees

Mrs ALIZARINAH BINTI ALI

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH

Mrs ALIZARINAH BINTI ALI's photo

Nominated by SITI MAIZATUL NADIA BINTI ROHAIZAN

Bismillahirahmanirrahim, ALIZARINAH BINTI ALI, satu-satunya insan kiriman Tuhan buatku yang namanya akan sentiasa segar di ingatan , mekar di hati dan tidak lupa dalam doaku. Ya Allah, terima kasih untuk nikmat yang satu ini , kerana izinkan aku bertemu dengannya , berkenalan dan menjadi seakrab ini. Cikgu alizarinah, aku mengenalinya sejak aku berpindah ke sekolah yang baharu. Detik permulaan perkenalan kami adalah saat aku ditawarkan oleh cikgu B.Malaysiaku untuk menyertai pertandingan deklamasi sajak. Umurku 14 tahun sewaktu itu. Dan waktu itu beliaulah yang bertanggungjawab untuk melatihku. Kami berlatih dirumah abangku memandangkan waktu itu aku tinggal berdua dengan abang sulungku kerana sekolah dan rumah hanya sejengkal jaraknya. Sepanjang berkenalan dengannya, aku belajar pelbagai perkara dan memahami banyak benda . Beliau seorang guru yang sangat sangat prihatin. Memandangkan sekolah kami pelajar Islam hanyalah minoriti sahaja maka dia sangat sangat beri sepenuh tumpuan terhadap pelajar Islam lebih lebih lagi yang berkemmpuan untuk cemerlang. Bukan beliau sahaja tetapi semua guru Islam sepertinya tetapi aku memfokuskan hanya kepadanya. Apa yang memberi inspirasi kepada aku tentang dirinya adalah kemuliaan sebentuk hati miliknya. Allahu, bersyukurnya aku dipertemukan dengannya. Beliau sangat baik, beliau sangat mengambil berat tentangku. Mungkin dimatanya , aku boleh cemerlang suatu hari nanti maka dialah yang sentiasa dibelakangku , menyokong, menasihati , membantu dan menyayangi sehinggalah aku menamatkan peperiksaan spm. Dan ianya tak terhenti setakat itu, sampai saat ini dia masih mengambil berat tentangku, dia ingatkan aku untuk tidak lupa ganti puasa memandangkan puasa akan tiba tak lama lagi, beliau juga beri pekerjaan kepadaku, menjadi guru bagi mengajar mengaji kepada seorg kanak2. Beliau mengajarku erti keberanian sehingga hari ni aku mempunyai pelbagai pengalaman berhadapan dengan orang ramai. Aku punyai pengalaman mendeklamasi sajak, bersyarah , berpidato dan berbahas. Aku berjaya mendapat tempat ketiga bahas , johan pidato peringkat sekolah dan daerah serta tempat keempat peringkat negeri. Itu semua berkat pengorbanannya yang mengorbankan wang , tenaga dan masa untuk melatih aku. Tak cukup waktu pembelajaran di sekolah , selepas waktu sekolah , malam hari turut dia korbankan waktu bersama keluarga untuk melatihku. Beliau membantuku, menggilap bakat yang ada dalam diri ini. Baginya, tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu. Beliau juga insan yang paling risau apabila aku tidak sihat. Walaupun hanya sakit kepala sehinggakan mahu dibawanya aku ke klinik. Sedangkan ibu aku sendiri kalau aku demam cukup air 100plus sebotol dan panadol tak pernah dibawa ke klinik mahupun hospital. Esoknya pasti sembuh. Prihatinnya dia sampai ke tahap itu. Beliau juga sentiasa bekalkan buah buahan katanya elok untuk kesihtn , tak lupa juga vitamin and biskut2 untuk dijadikan teman untuk mengulangkji peljrn. Baginya, kesihatan tubuh badan penting untuk dijaga dan diambil berat kerana badan mahu pakai lama. Dan yang paling penting , beliau seorang yang ambil peduli tentang tingkah laku dan pergaulanku. Allahu, dia tak pernh lelah untuk menasihatiku walau terkadang aku ulangi apa yang telah dinasihati sehinggakan aku terkenang , beliau tak pernah kenal erti penat untuk sentiasa mengingati. Murni sungguh hatinya. Beliau juga berikanku tempat tinggal saat kesulitan hidup menimpa diri. Ya Allah sungguh mulia hatinya , walau hanya seorang guru , keprihatinannya tidak pernah aku temui dalam diri guru lain. Beliau sediakan tempat tinggal yang lengkap serba serbi. Sanggup beliau berhabis membeli peti sejuk, meja belajar , almari dan semua peralatan keperluan untuk aku jalani hari hari di situ. Sungguh murni hatinya, beliau juga mendaftarkan aku ke kelas hafazan apabila mengetahui aku mewakili sekolah ke pertandingan MTAQ bg kategori hafazan. Yuran bulanan dibayar olehnya, pergi dan balik dia yang menjemput dan menghantar, tidak lupa juga makanan tengah hari yang dimasak sendiri dan dibekalkan olehnya setiap kali selepas kelas. Beliau juga dengan guru2 lain menghantar dan membiayai kami murid Islam ke kelas2 tuisyen bagi persediaan menghadapi spm. Tuisyen subjek Mathematic , Account dan English. Katanya, walau tidak berjaya mendapat A , cukup memadai mendapat kepujian supaya mudah untuk melanjutkan pelajaran. Beliau guru inspirasiku , menerusinya aku belajar yang wang ringgit bukan segala galanya. Hidup ini indah andai kita sedia memberi. Wahai anak muda sekalian, lihatlah pengorbanan seorang guru dengan mata hatimu. Hargailah mereka kerana tanpa mereka , siapalah kita. 14 Mac 2019 , tibalah saat yang dinanti. Keputusan SPM 2018 bakal jadi penentu segalanya. Andai keputusan yang bakal keluar tidak mampu untuk membanggakan mereka , akulah satu2 nya insan yang akan rasa bersalah kerana tak mampu untuk balas semua yang telah mereka lakukan untuk aku dan rakan yang lain berjaya. Walaubagaimana pun bersangka baik dengan Allah , semoga Allah beri yang baik baik . Amin yrb. Buat cikgu, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih untuk keprihatinan cikgu kepada saya selama 4 tahun bersekolah di SMK TAMAN INDAH. Terima kasih menjadi super woman buat saya. Guru yang mendidik saya, Ibu yang menjaga saya tatkala saya jauh dari keluarga , sahabat yang sentiasa di sisi untuk sering menasihati. Cikgu, engkau guru inspirasiku. Moga aku bakal menjadi guru yang mempunyai hati semurni hatimu suatu hari nanti.