Nominees

Mr Cikgu Desmen

From Sekolah MenengahKebangsaan Selirik

Nominated by Audryana Balo anak Suring

Saya merupakan salah seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Selirik . Di sini saya ingin berkongsi kisah tentang seorang cikgu BM di kelas kami . Sesungguhnya, cikgu BM di kelas kami kerap bertukar sehingga Cikgu Desmen pun menjadi cikgu BM tetap di kelas kami. Pada awalnya, kami sekelas hanya berdiam sebaik sahaja Cikgu Desmen masuk ke dalam kelas kami kerana sesetengah daripada kami sekelas belum mengenali Cikgu Desmen. Bermula pada saat itu, saya berusaha untuk menyesuaikan diri dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh Cikgu Desmen . Memang tidak dapat dinafikan bahawa saya merupakan seorang yang sangat nakal dan bising di dalam kelas . Oleh itu, tanggungjawab mendidik pelajar seperti saya memang berat untuk dilakukan . Ketika Cikgu Desmen sedang mengajar, saya kerap berbual dengan kawan di sebelah saya . Walaupun sering ditegur saya tetap berkeras untuk buat bising dalam kelas . Sememangnya, saya sedar bahawa Cikgu Desmen berusaha untuk menakluki hati semua pelajar di kelas kami kerana sesungguhnya sikap sesetengah pelajar di kelas kami tidak jauh beza dengan sikap saya . Sehinggalah pada suatu saat , kami pun mulai akrab antara satu sama lain . Walaupun Cikgu Desmen merupakan seorang guru namun beliau tetap melayan kami seperti kawannya sendiri . Dari situ saya sedar bahawa sikap saya yang sering menganggap Cikgu Desmen merupakan cikgu yang sangat membosankan ketika mengajar ternyata salah. Di dalam kelas , Cikgu Desmen sentiasa berusaha mencari cara supaya kami lebih mudah untuk memahami pelajaran yang diajarkannya. Memang nasib pelajar di kawasan pedalaman mengalami kekurangan dari pelbagai sumber yang menghambat proses pembelajaran . Oleh itu , Cikgu Desmen berharap agar kami tidak menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang untuk kami mencapai kejayaan. Seiring berjalannya waktu, kami mulai fokus ketika belajar walaupun terkadang terselit gurau senda yang bertujuan untuk menjadikan suasana di kelas tidak membosankan dan dapat mengelakkan masalah mengantuk dalam kelas . Ketika proses pembelajaran dijalankan Cikgu Desmen memang sangat menekankan pada karangan. Hal ini demikian kerana, ramai pelajar di kelas kami yang lemah ketika membuat karangan termasuklah saya . Menurut Cikgu Desmen saya seringkali membuat karangan yang tidak sesuai dengan umur saya . Ibarat menggoreng lauk sehingga hangus . Bukan saja di kelas , Cikgu Desmen juga kerap memberikan tunjuk melalui kemudahan media massa. Dengan itu, Cikgu Desmen kerap mengongsikan karangan pelajar cemerlang kepada saya . Dengan segala bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau sangat bermanfaat . Selain itu, masalah pelajar yang dahulunya lemah ketika membuat karangan pun turut dapat diatasi melalui segala didikan yang diberikan oleh beliau. Hari berganti hari , SPM pun bermula . Ketika kami menduduki peperiksaan Bahasa Melayu, Cikgu Desmen turut membimbing kami ke dewan peperiksaan. Beliau turut mendoakan yang terbaik kepada kami ketika peperiksaan nanti . Di situ terlihat dengan jelas sekali dimata saya bagaimana pengorbonan Cikgu Desmen untuk mendidik kami supaya menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Dengan ini, saya berharap segala perjuangan Cikgu Desmen mendidik kami tidak sia-sia melalui keputusan SPM yang akan datang .