Mr Jani bin ismail
From Sekolah kebangsaan batu gajah tanah merah kelantan

Nominated by Nur Athirah Binti Jani
Ayah adalah guru saya. Sewaktu kecil, ayah pernah menjadi guru yang mengajar kelas saya, namun berbeza dengan anak guru lain, Ayah melayan saya tidak lebih daripada anak muridnya yang lain di sekolah. Saya pernah dimarahi ayah kerana memanggil Ayah dengan panggilan Ayah di dalam kelas kerana menurut beliau saya juga perlu membahasakan dirinya cikgu seperti murid lain. Di sekolah juga kebanyakan anak guru lain akan makan dan membeli makanan ditempat makan guru kerana ibu atau bapa mereka guru di sana. Namun ayah tidak pernah membenarkan saya untuk melakukan hal demikian kerana baginya tidak adil untuk murid-murid lain. Setiap aktiviti atau sebarang pemilihan untuk menjadi pengawas atau organisasi, sekiranya calon itu adalah saya dan kakak, maka ayah akan mengecualikan diri dan membiarkan guru lain yang membuat keputusan kerana takut berlaku tidak adil. Beliau juga risau sekiranya guru-guru lain membuat keputusan kerana ingin menjaga air mukanya sahaja sekaligus akan mengetepikan murid yang lebih layak. Dulu, saya tidak memahami sikap ayah kenapa saya tidak dilayan seperti anak guru lain. Namun, setelah saya dewasa, barulah saya faham dan sangat bersyukur. Bukan kerana ayah tidak sayangkan kami adik beradik, tetapi ayah mengajar kami untuk hidup berdikari dan berlaku adil dengan murid lain. Sikap ayah membuatkan saya faham bagaimana perasan murid-murid lain di sekolah. Selain itu juga, saya selalu melihat orang kampung datang kerumah kami meminta pertolongan untuk kemana mana. Mana taknya masa tu ayahlah antara yang berkereta di kampung walaupun kereta buruk. Sesibuk manapun ayah, jarang beliau menolak, kadangkala ayah sanggup tangguhkan aktiviti bersama keluarga untuk orang yang susah. Ada waktu, saya mendengar ayah memberitahu umi, duit untuk tambang tak mencukupi tapi umi dan ayah ikhtiar juga supaya tak menghampakan sesiapa.Ayah bukan sekadar mengajar tetapi ayah sentiasa menunjukkan sy identiti pendidik beliau yang erat dan dekat dengan masyarakat. Terima kasih ayah, ayah telah mengajar thirah untuk menjadi seorang guru yang baik dan penyayang. Ayah dan umi juga mengajar thirah untuk tidak melihat tugas pendidikan sebagai .mengajar semata-mata tapi sebagai ladang pahala. Pernah umi kongsi cerita, katanya, selalu orang Tanya bagaimana dia dan ayah mendidik anak sehingga kami semua mendapat keputusan cemerlang dari kecil, padahal ayah dan Umi mendidik kami sama seperti orang lain. Tapi kata Umi, ayah pernah kata mungkin kejayaan kami adalah pertolongan Allah kerana mereka menolong orang lain.sebab itulah umi sentiasa ingatkan saya dan adik beradik, susah manapun tolonglah orang yang memerlukan kerana mungkin doa orang yang ditolong memudahkan urusan kita nanti.Insya allah setelah thirah menjadi seorang guru nanti, thirah akan meneruskan ajaran ayah...