Nominees

Mrs Nadiya Marzuni binti Abd Rashid

From SK Bukit Tunggal , Kuala Nerus , Terengganu

Mrs Nadiya Marzuni binti Abd Rashid's photo

Nominated by Aina Masturah binti Ma'arof

Guru merupakan insan mulia yang memberikan ilmu pada kita.Sebagai murid,saya sangat menghormati semua guru saya, namun ada seorang insan bergelar guru yang sentiasa di hati saya iaitu Teacher Nadiya Marzuni. Beliau merupakan seorang yang peramah dan baik. Beliau sentiasa menghulurkan bantuan ketika saya menghadapi kesulitan dalam pelajaran.Sebagai seorang anak kampung,Bahasa Inggeris merupakan subjek yg sukar bagi saya.Namun beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada saya dan kawan-kawan yang lain untuk terus mempelajari subjek ini.Beliau tidak pernah jemu mengajar saya sehingga timbul minat yg mendalam terhadap subjek ini.Beliau bukan sahaja seorang guru,tetapi juga seorang ibu yg memupuk nilai kemanusiaan dalam diri saya. Saya dan kawan-kawan sentiasa diingatkan supaya sentiasa menjaga akhlak yang baik.Pesan beliau;”It’s nice to be important,but the most important is to be nice. Tidak keterlaluan jika beliau di anggap sebagai tulang belakang saya ketika saya di persekolah rendah lalu kerana beliau tidak kekok membantu saya di dalam semua subjek . Beliau sangat mudah memahami perkembangan sy dan memiliki kemahiran kaunseling.Beliau mengajar sehingga saya faham dan memperoleh keputusan yang membanggakan dalam UPSR. Beliau juga mempunyai ketrampilan yang menarik serta pelbagai bakat yang dikongsi bersama kami seperti menari, mengubah lagu, melukis dan mencipta sajak. Saya menjadikan beliau inspirasi saya kerana beliau sentiasa mengingatkan saya tentang agama dan akademik juga. Ramai murid menyukai beliau kerana beliau membawa aura positif dan selalu senyum ketika berjumpa sesiapa sahaja. Saya mempunyai banyak kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayat saya. Beliau tidak lokek menyumbangkan sebahagian rezekinya untuk kami semasa latihan atau kelas tambahan.Saya masih ingat kata-kata beliau;rezeki adalah untuk dikongsi kerana dalam rezeki kita,ada hak org lain.Saya doakan agar Teacher Nadiya Marzuni sentiasa dirahmati dengan rezeki yang baik.Sampai disini coretan tentang guru inspirasi saya. Terima kasih.