Nominees

Mr Mohd Saiful Bahrin b Mohd Rani

From SMK Kuala Kurau

Mr Mohd Saiful Bahrin b Mohd Rani's photo

Nominated by MUHAMMAD HAIRIE NAIM BIN ABDUL ZAMAN

Salam sejahtera. Nama saya Mohd Hairi Bin Kamarulzaman, pelajar tingkatan 5 UTM Kursus Pembuatan Perabot(PVMA) SMK Kuala Kurau, Perak. Disini saya ingin menceritakan tentang kisah inspirasi saya. Beliau ialah En. Mohd Saiful Bahrin b Mohd Rani.Untuk pengetahuan, majoriti pelajar SMK Kuala Kurau adalah dari anak-anak nelayan dan berlatarbelakangkan daripada keluarga yang sederhana dan susah.Kenapa saya mengatakan bahawa beliau adalah inspirasi saya kerana beliau merupakan guru yang mengajar saya dalam pembuatan perabot.Itu adalah kerjaya beliau. Mendidik dan mengajar kami. Apa yang ingin saya terapkan disini ialah apa yang beliau lakukan di masa lapang beliau.Beliau juga merupakan seorang pembuat perabot. Pada asalnya ini hanyalah minat dan hobi beliau,cikgu Saiful juga telah membuktikan bahawa minat dan hobi itu boleh bertukar menjadi sesuatu yang lumayan. Beliau juga tidak lokek dengan ilmu yang beliau ada. Setiap kali cikgu mendapat 'job' dari pelanggan cikgu akan memanggil kami dan memberikan kami peluang bersama sama melakukan kerja kerja membuat perabot, ini seperti kelas tambahan kepada saya. Malahan "kelas tambahan" ini diberikan upah pula.. Menarikkan? Dengan apa yang saya pelajari dari beliau, membuka mata saya bahawa satu hari nanti saya juga ingin memiliki perniagaan membuka kedai pembuatan perabot. Saya juga susah mula menyimpan duit hasil upah yang diberikan oleh beliau untuk persiapan membeli peralatan pertukangan sendiri nanti. Saya yakin walaupun tidak cemerlang dalam akademik, dengan ilmu kemahiran dan ruang yang telah ditunjukkan oleh beliau akan menjadi pemangkin untuk saya lebih berusaha demi mencapai cita cita.Cerita inspirasi ini bukanlah cerita dongeng, boleh Google untuk mendapatkan maklumat tentang cikgu Saiful Bahrin. Begitu banyak artikel menceritakan tentang beliau. Inspirasi saya inspirasi sebenar.