Mr Mohd Saiful Bahrin b Mohd Rani
From SMK Kuala Kurau

Nominated by Mohamad Zulhasnan b Dahalan
Saya mohd zulhasnan b dahalan merupakan pelajar di SMK Kuala Kurau perak. Guru inspirasi saya adalah Mohd Saiful Bahrin b Mohd Rani. Beliau merupakan guru pembuatan perabot aliran PVMA. Merupakan seorang guru yang sangat kreatif dalam seninya. Banyak yang telah dilakukan ketika belajar bersama beliau, antaranya kelas kami merupakan kelas tercantik di sekolah dan pernah viral di Page terkenal Siakap Keli dan lain lain lagi. Hasil kerja saya dan rakan rakan dalam menaik taraf PSS sekolah telah berjaya menjadikan PSS sekolah johan peringkat negeri Perak. Hasil kejayaan ini telah mendapat liputan akhbar Berita Harian, Sinar Harian dan Harian Metro. Malahan GPS Bestari juga telah memaparkan kisah beliau melakukan tranformasi PSS. Saya secara peribadi mengagumi beliau kerana tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Saya bekerja sambilan dengan beliau membuat perabot dan hasil kerja kami mendapat tempahan diseluruh Malaysia. Hasil upah, saya gunakan untuk keperluan persekolahan dan peribadi. Saya merupakan seorang anak yatim piatu. Kepada beliaulah tempat saya menumpang kasih dan meminta tunjuk ajar demi masa depan. Beliau selalu memberikan kata kata semangat untuk terus belajar dalam kemahiran, kerana beliau selalu meyakinkan saya bahawa ilmu kemahiran memberikan satu pulangan yang lumayan. Ini terbukti apabila saya kerap mengikuti beliau melakukan kerja kerja renovasi dan Interior di luar kawasan Kerian dan negeri Perak. Bahkan separuh dari pelajar PVMA merupakan pekerja sambilan beliau. Kejayaan kejayaan beliau dalam bidang kemahiran menjadi sumber inspirasi saya dan kawan kawan. Pelajar dalam bidang kemahiran mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi kini dipasaran.Beliau selalu menasihati saya dan rakan rakan, kejayaan seseorang tidak terletak pada sekeping sijil, diploma ataupun ijazah.. Akan tetapi kejayaan seseorang itu adalah dari usaha dan bagaimana seseorang itu bijak mengambil ruang dan peluang. Setiap kali selesai sesi pembelajaran di sekolah.. Beliau selalu memberikan kata kata semangat.Antara yang menjadi ingatan saya adalah seperti "Dirty hand a are sign of clean money".