Mdm FARIDAH HANIM BINTI ABDUL RAHMAN
From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUN
Nominated by INTAN SYAZWINA BT NORAZNAM
Cikgu saya ni nama dia Faridah Hanim. Dia ajar saya akaun masa form 4 dan form 5. Dikenali pula dengan sifat nak "pelangkung" orang. First kelas dah kena marah sebab kami sekelas bising dan degil. Memang kena brain wash habis habis first kelas tu. HAHAHHAA. Cikgu saya ni dah tua. Lagi setahun dua dia nak pencen dah. Cikgu saya ni pun tak la tinggi mana orangnya. Bila dia berusaha nak buat akaun penyata pakai 1 board tu. Dia akan jengkek. Tu pun masih tak sampai. Bukan nak hina. Tapi serius. Memang comel sangat sangat. Hahahah. Cikgu saya ni garang sangat. Dia punya jelingan tu fuuhhh boleh fail exam. Tapi dalam garang garang dia. Dia ni ade sifat mak mak. Dia sayang kiteorang macam anak sendiri sebab dia pun ada sorang je anak umur bawah setahun dari saya. So dia didik kami ni macam anak dia. Saya dan sekelas pulak memang jenis nakal gila. Kelas depan, tapi perangai macam kelas belakang. Kerja tak buat. Cikgu ajar depan kami main belakang. Tak dengar cakap. Dan kami tau yang memang ramai cikgu cikgu selalu gossip kelas saya kat bilik guru. Sebab tu kami lagi rebel. Lagi memberontak. Lagi nakal. Bukan masalah disiplin. Tapi kami memerlukan perhatian dan kasih sayang yang sebetul betulnya dari seorang guru. Dengan cikgu faridah ni kan. Serius kami jadi baik. Tak berani buat hal dalam kelas dia. Kerja semua siap. Soalan yang tak tau pun hentam je asalkan buat. Jangan tinggal kosong, nanti lepas bincang betulkan. Hah serius!! Kami sekelas berubah 360 darjah mase kelas cikgu faridah. Bukan sebab cikgu ni garang. Taakk serius tak. Tak rasa takot pun garang cikgu faridah ni. Tapi tu la. Didikan cikgu faridah ni membentuk jiwa dalaman kami sampai kami yang nakal ni boleh tunduk hormat kat cikgu faridah sorang je. Cikgu ni sebelum mula kelas selalu la jugak bagi tazkirah siki sikit. Secara tak langsung ade lah didikan rohani dari situ. Pastu yang saya respect cikgu faridah ni, dia tak join pun gossip cikgu cikgu yang mengata kami sekelas tu. Ada la jugak cikgu faridah tanya, "awak semua ni berlakon ke depan saya? Sebab saya garang? Saya selalu je dengar cikgu cikgu cakap pasal awak kat dalam bilik guru, tapi saya cakap dalam kelas saya awak semua baik. Kerja siap.". Mase tu semua cikgu cikgu tak percaya cikgu faridah cakap ni. Cikgu faridah punya kasih sayang ni sampai sanggup panggil kami belajar kat rumah dia. Tak cukup kelas tambahan. Panggil belajar kat rumah pulak. Hahahahha. Dapat laa kami merasa kasih sayang seorang guru dari cikgu faridah ni disaat semua guru guru hina dan caci kami. Didikan beliau yang bukan sahaja ajar pendidikan tetapi beliau menerapkan juga didikan kerohanian disetiap saat. Sampai sekarang cikgu faridah ni memberi kesan dalam jiwa kami. Cikgu faridah pernah cakap. Kami first batch cikgu sempat habiskan semua silibus pelajaran. Kami first batch yang keputusan spm dalam akaun ramai dapat LCCI. Kami first batch yang cikgu mampu letak harapan tinggi nak berjaya dalam akaun. Dan yeee.. Kebanyakan dari kami semua sambung aliran akaun. Katanyaa nak jadi macam cikgu faridah. Hahahhaaha macam macam laahhh classmate saya ni. Cikgu faridah cikgu yang paling kami sayang sampai lah kami dah berjaya ke ipt sekarang. Kisah inspirasi saya ini diinspirasikan oleh pengalaman kami kelas 5SC2 SMK Tambun 2018