Nominees

Mdm HERDAWATI BINTI MUDA

From SM IMTIAZ YT KUALA TERENGGANU

Mdm HERDAWATI BINTI MUDA's photo

Nominated by MUHAMMAD ASYRAF SAHA BIN ZAINUDDIN

Asyraf Saha: Dalam menempuh dunia pembelajaran ini, sememangnya kita memerlukan seseorang insan yang bergelar guru bagi membantu kita berjaya dengan cemerlang pada masa depan. Seperti seorang pelajar yang biasa, saya juga mempunyai seorang guru yang menjadi sumber inspirasi kepada saya ketika berada dibangku sekolah. Seorang insan yang bernama Herdawati binti Muda atau lebih mesra dipanggil dengan nama cikgu Herda. Cikgu Herda seorang guru yang sangat berwawasan tinggi dan optimis dalam melakukan setiap gerak kerjanya terutama dalam mendidik anak muridnya. Beliau seorang yang hebat dalam berkata-kata mahupun dalam penulisan. Jelaslah dapat digambarkan betapa hebatnya seorang guru kepada subjek Bahasa Melayu ini. Bermula sejak tingkatan satu sehingga tingkatan empat, keputusan subjek Bahasa Melayu saya dalam setiap peperiksaan selalu menghampakan saya dek kerana hanya mampu mencapai gred B dan B+ sahaja. Meskipun sentiasa mengulangkaji dan bersungguh-sungguh dalam setiap kali peperiksaan, namun keputusan tetap sama sahaja. Namun begitu, sejak cikgu Herda mengambil alih selaku guru Bahasa Melayu saya, menggapai gred A dan A+ itu merupakan perkara biasa dalam hidup saya ketika di tingkatan lima. Kesungguhan beliau ketika mengajar dan teknik pembelajaran yang betul berjaya membuatkan keputusan subjek Bahasa Melayu lebih positif berbanding tahun lalu. Jelaslah kehebatan guru yang mempunyai pangkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa dan Linguistik ini. Perasaan bimbang saya bagi menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dalam subjek Bahasa Melayu tidak lagi menjadi sesuatu yang merisaukan. Berkat daripada kesungguhan dan ketekunan cikgu Herda, saya berjaya mendapatkan keputusan A bagi subjek Bahasa Melayu dalam SPM. Akhir kata, beliau sememangnya menjadi sumber inspirasi saya dalam menempuh hidup dan alam pembelajaran sejak berada di menara gading dek kerana beliau selalu memberi kata-kata semangat sehingga memberi keyakinan yang tinggi kepada saya.