Nominees

Mr KU MOHD RIZAL BIN KU DAKEI

From SK TAMAN KOTA KULAI

Mr KU MOHD RIZAL BIN KU DAKEI's photo

Nominated by NUR SYAHIRAH BINTI ABDUL LATIP

Guru merupakan insan yang mulia. Oleh itu, kita haruslah sentiasa menghormati guru sama ada kita masih bersekolah mahu pun telah tamat sekolah. Ingatlah jasa guru-guru kita. Tanpa mereka, tiada lah kita sebagai doktor, sebagai guru, sebagai jurutera, sebagai peguam dan lain-lain. Guru inspirasi saya ialah cikgu Ku Mohd Rizal. Beliau mengajar saya matematik dari darjah 1 hingga darjah 6. Saya amat kagum dengan beliau kerana sikap beliau yang sangat penyabar melayan karenah anak-anak muridnya. Walaupun muka beliau tidak suka senyum, nampak garang, tetapi rupanya beliau sangat baik hati. Beliau juga seorang guru yang tidak berkira. Beliau mengadakan kelas tambahan di sekolah tanpa meminta duit bayaran. Beliau berasa bahawa anak-anak muridnya adalah amanah beliau. Beliau mengajar dan mendidik saya tanpa rasa jemu. Sehinggalah saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Saya mendapat A dalam matematik. Saya sangat gembira dan terus berjumpa beliau untuk mengucapkan terima kasih. Setelah saya di Tingakatan 1, beliau masih lagi berhubung dengan saya dengan bertanyakan keadaan saya di sekolah menengah. Beliau juga berbesar hati untuk mengajar saya matematik sekiranya ada yang saya tidak faham. Ada juga saya mengajukan beberapa soalan kepadanya dan beliau boleh memberi jawapan. Saya berasa sangat gembira dengan beliau walaupun hanya guru sekolah rendah tetapi boleh lagi mengajar saya di sekolah menengah. Beliau berkata setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Sama seperti soalan matematik. Setiap soalan pasti ada jawapannya. Beliau telah membuat saya minat dengan matematik. Beliau memberikan saya semangat dan cita-cita untuk menjadi seorang guru.