Nominees

Mr Mohd Shahrin bin Razali

From SMK Kampong Perak.

Mr Mohd Shahrin bin Razali's photo

Nominated by Mariani binti Zakaria

SABK SYUBBANIAH, di sini tempat aku menimba ilmu, mengutip pengalaman pahit dan manis. "Daddy Shah", gelaran manja aku kepadanya. Setia hadir di sisi mendengar coretan hidup aku. Dianugerahkan sifat kebapaan, tegas dalam mengajarnya namun lembut dalam jiwanya. Perawat ketika aku sedih, penghibur untuk melihat aku ketawa. Dulu ingat lagi, aku antara pelajar yang lemah dalam subjek yang diajar olehnya. Aku down dan malu dengan sahabat-sahabatku yang lain. Tapi hebatnya seorang yang bergelar guru sanggup bersengkang mata, menghabiskan waktu rehatnya hanya untuk melihat aku berjaya. Cikgu tahu air kesukaanku, air soya setiap hari mesti dibeli olehnya ketika bulan ramadhan untuk aku. Inilah antaranya kenangan manis yang tak akan aku lupakan. Mohd Shahrin bin Razali, moga Allah jadikan setiap Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak mu dipenuhi keberkatan dan rahmat dari yang Maha Esa atas segala pengorbanan mu terhadapku.... Ikhlas dari anak murid yang sentiasa merinduimu, Mariani Zakaria From : Cairo, Mesir.