Mdm PN NORHAYATI BINTI SALAMON
From SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM (TIGS),BATU PAHAT,JOHOR

Nominated by SITI HAJAR BINTI ARIFFIN
Pada tahun 2017 telah bermulanya kisah ini,kisah ini menceritakan seorang guru yang sangat memberi inspirasi kepada saya dan rakan sekelas yg lain.Beliau juga telah mengubah daripada 7 ke 7 hah apa itu? nak tahu hah anda mesti la kena baca kisah saya ini.Pada bermulanya saya tidak berminat pun hendak ambil aliran sains teknikal iaitu kelas saya ni akan belajar subjek Kimia,Fizik,Addmath,satu subjek elektif dan lima subjek teras yang lain.Oleh sebab saya tidak berminat hendak belajar subjek Seni daripada tingakatan 1 sampai tingkatan 3 jadinya saya meneruskan impian saya untuk masuk kelas yg tiada belajar subjek Seni apabila di tingkatan 4.Saya dapat masuk kelas 5 Omega.Kelas saya ni mempunyai pelajar yg paling ramai iaitu seramai 36 orang sebenarnya ramai lagi tetapi ada yg telah berpindah ke sekolah dan kelas lain jadinya apabila ramai pelajarnya ni hah paling banyak la karenah setiap orang sebab banyak kepalakan hehe banyak juga mulut kami seperti mulut murai yelah kerana sekolah kami semuanya pelajar perempuan.Belajar subjek Kimia,Fizik dan Addmath adalah mudah jika anda mempunyai RAJIN dalam diri anda.Kalau tiada perkataan itu anda akan anggap semua yg anda belajar ni sangat susah.Pada awal bulan 2017 ,setelah habis peperiksaan ujian penilaian 1 yg diadakan buat pertama kalinya dalam sejarah hidup kami menjawab soalan Fizik,Kimia dan Addmath.Kelas kami telah mendapat markah Fizik yg sangat teruk hampir majoriti setiap pelajar GAGAL dalam subjek ini.Pada masa ini kami menganggap subjek Fizik ini sangat membebankan dan memberi tekanan kepada kami. Hari persekolahan pertama bermula setelah habisnya cuti penggal pertama,kami telah mendapat jadual watu belajar yg baru yg diberi oleh Pak Cik Zainal.Kebiasaannya subjek pertama yang kami akan lihat adalah subjek Pendidikan Jasmani yelah kami akan kira berapa kali masa PJ untuk impian kami pakai baju PJ selalu hehe.Lepastu kami teliti satu persatu subjek yg penting TIBA-TIBA 'eh cikgu fizik kita dah tukar Pn Norhayati pula lepas ni yg ajar kita'.Cikgu Fizik kami yg akan mengajar kami itu ialah guru fizik terbaik daerah Batu Pahat.Ye cikgu yg dulu kakak senior kami selalu cerita tentang ketegasan beliau dalam mengajar kepada kami.Kami sangat risau dan sangat takut hendak belajar dengan beliau.Beliau sangat digeruni oleh semua pelajar TIGS dan sangat dihormati dengan ketegasan beliau itu. Hari pertama beliau hendak masuk ke kelas,kami telah menyediakan semua buku Fizik di atas meja kami hah masa tu semua cikgu yg lalu depan kelas kami akan berkata'eh bagusnya kelas ni tiada cikgu tapi senyap je tidak seperti waktu biasa' padahal kami semua dalam dilema ketakutan pada masa itu.Bunyi kasut beliau semakin hampir dengan kelas kami ye ini la cari kami untuk menjejaki kehadiran beliau hendak masuk ke kelas kami hah masa tu semua orang senyap macam ada Malaikat Maut lalu hah yg mulut kakak tua seperti saya pun senyap je. Bermula la beliau mengajar Fizik di kelas kami.Perkara pertama beliau lakukan apabila masuk ke kelas kami adalah beliau akan memastikan kebersihan kelas kami dalam keadaan bersih dan selesa untuk belajar walaupun beliau bukan guru kelas kami tetapi beliau sangat peka terhadap kebersihan kelas jika tidak bersih semua pelajar yg bertugas pada hari itu akan dipanggil menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas yg ditetapkan supaya membersihkan kelas secepat mungkin sebelum beliau mula mengajar.Ye masa tu kelas kami paling bersih antara semua kelas sebab selama ni kami selalu abaikan jadual bertugas tu biar tergantung sepi je di papan kenyataan kelas jadinya kami rasa guru bertugas mingguan boleh memeriksa kebersihan kelas kami pada waktu Fizik untuk menjadi pemenang kelas terbersih setiap minggu hehe.Setiap kali beliau mengajar, kami WAJIB tulis setiap perkataan yg dilontarkan daripada mulut beliau.Jangan ada satu perkataan pun yg beliau terangkan kami tinggalkan walaupun masa tu kami tiada berada dalam kelas sebab perkara tertentu.Kami tetap kena salin apa tajuk yg telah diajar oleh beliau dan menyiapkan semua kerja yg diberi hah kalau takde apa yg beliau telah ajar masa beliau periksa buku kami mmg habis la kami kena marah sbb beliau sangat mementingkan nota beliau ada dalam buku nota fizik semua pelajarnya.Pernah suatu hari rakan sekelas saya kena ulang balik apa yg diterangkan oleh beliau hah perkataan yg tiadaa kaitan dan kelakar pun kawan saya tulis hah masa tula beliau berkata 'eh kamu ni jgn la pembaris sangat' hah masa tu satu kelas gelak tawa.Saya juga selalu tergelak apa yg beliau katakan hah lagi la saya duduk paling depan kan jadinya cikgu senang la nampak saya gelak walaupun saya dah sedaya upaya cuba tahan gelak kerana semua pelajar takut hendak gelak masa waktu fizik sebab cikgu pantang nampak orang gelak masa tu beliau akan terus panggil untuk jawab soalan beliau lagi la kalau kita gelakkan kawan hah lagi mudah kena panggil .Pada masa tu rasa hendak tercabut jantung kami sebab sangat risau dipanggil oleh beliau.Ye saya merupakan pelajar yg popular nama naik rasa seperti ada cabutan bertuah tetapi ini tidak bertuah bagi saya apabila kena panggil untuk jawab soalan oleh beliau.Saya antara orang yg sangat takut kena panggil sampaikan nak ulang semula perkara yg telah diterangkan oleh beliau pun saya boleh terlupa apa isi pentingnya padahal baru je tulis sebentar tadi.Perkara ini berlaku sebab suara Pn Yati yg sangat lantang menyebabkan saya dan rakan yg lain bole jadi hilang ingatan seketika apabila dipanggil oleh beliau untuk mengulang semula apa yg telah beliau terangkan. Saya juga merupakan antara orang yg selalu dibuai lena mimpi yg indah dan sering berangan asmara walaupun suara Pn Yati itu bole didengari oleh satu sekolah pun boleh terlena bukan sengaja pun tetapi macam selalu pula tersengaja ni hehe.hah masa tu la masa kegemaran pn yati panggil saya 'hah hajar bangun ulang balik apa yg saya cakap tadi' saya pun bangun dengan gelabahnya yelah terlena sangat sampai pen pun terbang tanpa meninggalkan sedikit pun tulisan yg hm macam mana ni nak tengok orang sebelah pun tak bole haih dah la fizik ni saya tak minat dan banyak perkara kena hafal. hm saya pun tak dapat jawab berdiri saya sampai habis waktu fizik.hah tula padahnya terlena dalam kelas ni tetapi tak tipu tidur yg paling best adalah masa belajar hah hal itu telah menyebabkan saya terus fokus dalam kelas walaupun sangat perit menahan mengantuk dalam kelas. Hari demi hari pun berlalu hingga la kami ambil ujian pertengahan tahun tingkatan 4 ye ujian ni kena dapatkan keputusan yg cemerlang dalam semua subjek sebab hari terbuka akan diadakan mak dan abah saya mesti datang berjumpa guru dan ambil keputusan peperiksaan itu.Tetapi sangat menyedihkan fizik saya masih gagal walaupun ramai pelajar yg telah peroleh keputusan yg cemerlang dan bermulalah masa tu saya rasa sangat menyesal amik aliran sains ni hm baik dulu saya amik aliran sastera je bole lulus dan skor semua subjek.Pada masa tu juga saya selalu terfikir tentang hennak pindah kelas masuk yg ambil aliran sastera.Saya banyak juga salahkan diri saya sebab dulu tak dengar cakap abah saya suruh ambil aliran sastera je kalo amik aliran sains ni abah risau saya tak boleh nak bawa apabila dia tengok keputusan PT3 saya tapi saya tetap berdegil nak amik aliran yg tanpa subjek seni.Saya teruskan usaha mencuba buat yg lebih baik. Sehingga la saya dah masuk ke tingkatan 5 dan ambil percubaan SPM namun keputusan subjek fizik saya masih tak memuaskan hm macam mana ni spm dah nak dekat dah ni.Saya sangat risau dan bertekad nak usaha lebih untuk dapat keputusan yg cemerlang dalam SPM terutamanya subjek Fizik ni.Ibu bapa dan Pn Yati selalu bagi saya semangat supaya dapat capai target A dalam subjek Fizik SPM nanti. Ye Pn Yati banyak buat kelas tambahan dari pagi sampai petang hah masa ni saya amik peluang pergi kelas beliau walaupun apa jua berlaku hah sebab kalau tidak pergi sangat rugi saya akan tertinggal banyak perkara walaupun satu tajuk yg kecik je.Pn Yati juga telah mengajar kami subjek PJ masa tingkatan 5 tapi kami tetap pakai baju PJ pada hari tu cuma kami tidak PJ seperti kelas yg lain sebab Pn Yati akan ulang kaji pelajaran tingkatan 4 pada waktu PdP PJ itu. Pada masa ni la minat saya dan rakan yg lain untuk belajar fizik semakin mendalam. hah ini la kuasa power rangers dan ultraman Pn Yati hehe betul kuasa beliau yg ajar cara yg paling mudah nak ingat semua fakta fizik yg banyak tu hah rasa semudah makan ABC je bila kami telah belajar semua itu.Pn Yati banyak menasihatkan saya dan rakan-rakan sebelum beliau mula mengajar kami pada hari itu supaya terus belajar tanpa henti sebab ilmu sangat penting untuk masa depan kami dan kami perlu banggakan ibu bapa kami. Banyak tagline yg sering disebut oleh beliau seperti 'ni fakta okey tahu tahu tak tahu tak tahu' dan banyak lagi.Ye ni la bagi semangat untuk saya dan rakan-rakan terus bangkit dapat keputusan yg terbaik dalam peperiksaan biasa dan SPM.Pn Yati seorang guru yg mempunyai kriteria guru yg hebat daru segi pemakaiannya yg kemas selalu, percakapannya dengan suara yg lantang mudah untuk difahami dan didengari,sifatnya yg menjaga kebersihan diri dan murid selalu, sangat prihatin dengan semua pelajar beliau dan pelbagai lagi sifat terpuji beliau. Beliau sangat prihatin sampaikan pada suatu hari tu beliau ternampak ada seorang rakan sekelas saya memakai kasut yg agak lusuh dan kelihatan ada yg koyak.Keesokkan harinya semasa kami satu kelas berada di makmal Kimia sedang membuat eksperimen rakan saya tadi telah dipanggil oleh Pn Yati hah apalagi dia sangat gelabah yelah takut cikgu marah dia mengenai kerja sekolah ke apa apa ke rupanya selepas kawan saya datang balik ke makmal Kimia semula kawan saya itu telah memakai kasut sekolah yang baru wow kami semua sangat terkejut dan tak sangka keprihatinan Pn Yati terhadap anak muridnya sangat tinggi sehingga dia sanggup keluarkan duit untuk belikan kasut sekolah yg baru untuk kawan saya itu walaupun tinggal beberapa hari je dah nak SPM lepastu kami habis sekolah.Kami sangat kagum dengan sifat cikgu itu .Kami juga suka tengok pakaian cikgu apabila setiap hari beliau hadir ke sekolah kerana semua pakaiannya sangat cantik dan menawan hati kami semua. Beliau banyak luangkan masa bersama kami untuk buat latihan dan mengajar setiap tajuk dengan lebih mendalam.Kalau ada yg tak faham hah mesti jumpa je beliau mesti kami akan faham dengan lebih tentang tajuk itu.Kebiasannya semua murid yg lain kelas juga berebut untuk hadir ke kelas tambahan beliau itu walaupun tiada kerusi sekali pun mereka sanggup berkongsi kerusi ada juga yg sanggup duduk di lantai sbb suka dengan cara ajar beliau yg sangat hebat.hah kelas kami lagi la mesti wajib kehadirannya ponteng pada hari tuissyen yg beliau adakan kecuali ada tuisyen kelas lain sahaja. Sehingga hari dah nak periksa Fizik SPM pada keesokkan harinya pun beliau tetap hadir ke sekolah buat tuisyen bersama kami.Ya beliau selalu kata setiap apa yg cikgu cakap ini Insya Allah ada je dalam soalan SPM kamu nanti jadinya kelas di saat akhir ni penting.Kami sangat sedih masa tu walaupun dah gembira sebab dah nak habis sekolah tapi kami akan merindui segala kenangan bersama cikgu.Cikgu banyak mengajar kami erti kuat dan tabah dalam hendak belajar ilmu.Cikgu juga sangat mengutamakan agama Islam supaya solat jemaah selalu dan masa waktu belajar kena berhenti seketika apabila mendengar azan.Masa kami hemdak mengambil peperiksaan SPM juga cikgu selalu ada bersama kami selalu nasihatkan kami supaya banyakkan berdoa dan berzikir semasa menjawab.Alhamdulilah apa yg cikgu ajar selama ni cara dan pelbagai lagi perkara dapat kami gunakan masa menjawab fizik dengan wajah yg gembira. Terima kasih Ya Allah berikan kami seorang guru dan ibu yg sangat hebat kepada kami walaupun sekejap rasanya Allah bagi pinjam cikgu kepada kami cikgu sentiasa dalam ingatan kami.Terima kasih cikgu terima kasih sangat bantu kelas kami dan naikkan nama kelas kami.Terima kasih cikgu juga bagi kami peluang untuk buat persembahan terakhir pada masa dah nak dekat SPM tetapi peluang yg cikgu bagi tu kami gunakan sebaiknya.Terima kasih cikgu ajar saya dan rakan dapatkan keputusan Fizik yg terbaik dalam SPM.Sehingga sekarang subjek Fizik merupakan subjek yg digemari oleh saya.Cikgu la yg telah mengubah kelas kami daripada dulu 7 orang je lulus sehinggakan 7 orang je gagal pada peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 4 dan cikgu telah buktikan kebolehan kami dalam bawa aliran sains teknikal ini kepada guru-guru yg lain. Maafkan segala kenakalan kami dan halalkan segala ilmu yg cikgu beri.Saya wakil rakan sekelas menulis ni khas untuk cikgu yg kami sangat cintai.Jasa cikgu yg berikan segala perngorbanan masa, wang, dan tenaga cikgu tak terbalas dalam mengajar kami.Saya harap sangat semoga cikgu terpilih untuk memenangi anugerah ini agar dapat memberi sedikit kebahagian kepada cikgu dan dapat membalas sedikit jasa cikgu kepada kami.Rindu kami pada cikgu dan kenangan kami bersama cikgu tiada penamat dan penghujungnya.Cikgu sangat membawa inspirasi yg hebat kepada kami cikgu telah kami ajar pelbagai cara untuk rawat luka bila jatuh dan bangkit semula dgn penuh semangat sebab cikgu selalu berkata kepada kami bukan mudah untuk memperoleh sebuah kejayaan yg manis banyak cabarannya.Sayang kami pada cikgu tidak terkata walaupun 7 petala langit dan 7 petala bumi tidak cukup nak kami bagitahu sayangnya kami kepada cikgu.Cikgu jangan lupakan kami dari kelas 5 Omega 2018 ni tau dan selalu doakan kami berjaya dgn cemerlang di dunia dan akhirat.Semoga cikgu sentiasa berjaya dalam bidang yg cikgu ceburi ini dan cikgu dapat menjadi inspirasi kepada guru-guru lain.Kami sayang sangat cikgu dunia dan akhirat.Insya Allah kita akan bersama pimpin tangan masuk ke dalam Syurga.Salam sayang dan rindu kami untukmumu wahai guru.Saya wakil rakan sekelas saya buat nukilan ni khas untukmu wahai guru yg sangat kami cintai iaitu Pn Norhayati Binti Salamon ❤?