BREAKING NEWS
May 24, 2017 - Keindahan Ramadan telah tiba dengan menu istimewa di McD!
Selera Ramadan Di McDonald's
Mar 29, 2017

"Nak buka menu apa ye hari
ini?"
"Ish.. dah tak tahu apa lagi nak makan."
"Alamak dah lambat ni, sempat ke nak masak?!"

Adakah konflik sebegini selalu anda alami bila tibanya bulan Ramadan? 



Konflik memilih menu makanan memang selalu dialami oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Salah satu akitiviti yang menarik dan disukai ramai ketika bulan ini adalah melawati bazar Ramadan untuk menjamu selera dengan pelbagai makanan istimewa musim ini. Di samping menu, terdapat juga dilema lagi samada untuk menjamu di restoran ataupun di rumah dan dengan siapa untuk berbuka puasa. Waktu berbuka menjadi waktu yang amat dinantikan jika ingin berbuka secara beramai-ramai; tetapi kesuntukan masa, kesesakan lalulintas selalu menjadi penghalang.  

 
Namun Ramadan ini, anda tidak perlu risau lagi. McDonald’s mengajak anda untuk bersama menikmati hidangan lengkap istimewa Ramadan, dari berbuka sehinggalah ke sahur malah boleh dihantar melalui McDelivery! Khusus untuk waktu berbuka puasa, McDonald’s menawarkan Foldover™ Lazeez Ayam dan Foldover™ Mashwi Daging, yang didatangkan istimewa sepanjang bulan ini. Foldover™ Lazeez dihidangkan bersama 2 kepingan ayam gril, salad segar dan kelazatan sos bawang putih yang diapit roti Arab. Nikmati juga Foldover™ Mashwi yang disajikan dengan daging digril empuk, salad segar yang disempurnakan dengan sos pedas unik, pasti menyelerakan. Lengkap dengan kesegaran Bandung McFizz dan kerangupan kentang goreng, set Foldover™ menjadi set berbuka yang sempurna.


Bagi melengkapi hidangan berbuka, pencuci mulut jangan dilupakan. McDonald’s menyajikan anda dengan pelbagai pilihan manisan yang lazat yang sudah semestinya serasi dengan selera ramai. Lengkapkan juadah berbuka dengan kemanisan McFlurry™ Pisang dan Sundae Pisang yang pasti menyelerakan! Jika anda penggemar manisan yang hangat, anda tidak harus melepaskan Pai Pisang yang pasti memenuhi citarasa.



Penggemar kon sundae pula harus mencuba perisa Cendol kami yang istimewa musim ini! Perisa sundae asli yang dicampur dengan cendol yang lazat merupakan kombo yang pasti memuaskan.



Usai beribadah terawih, datanglah ke McCafe bersama keluarga mahupun rakan-rakan untuk menikmati hidangan ringan yang disajikan khas sepanjang bulan puasa ini. Keenakan Kek Black Forest Tazza dengan pilihan inti buah ceri disaluti coklat pasti memikat selera. Lengkapkannya dengan Hazelnut/Caramel Latte yang sedap lagi enak.



Sebelum melelapkan mata pasti menu sahur sudah difikirkan supaya mudah untuk disediakan di waktu dinihari. Bagi yang sukar membuat pilihan mahupun yang kesuntukan masa, McDonald’s turut menampilkan menu khas untuk sahur yang semestinya mengenyangkan. Menu-menu sahur termasuklah d'Grand Platter™ yang boleh dinikmati bersama McCafe Latte ataupun Set Bubur Cakoi McD™ yang dihidangkan bersama Soya boleh didapati seawal jam 4 pagi di McDonald’s. Anda boleh nikmati sahur anda di McDonald’s mahupun dibawa pulang, semuanya terserah pada anda.



Pelbagai menu pilihan istimewa disediakan dari waktu berbuka sehinggalah ke sahur sepanjang Ramadan Al Mubarak ini. Tiada yang lebih membahagiakan dari bersama yang tersayang pada bulan mulia ini, jom nikmatinya dengan McD!

indahnya ramadan