BREAKING NEWS
May 24, 2017 - Keindahan Ramadan telah tiba dengan menu istimewa di McD!
Indahnya Ramadan
Apr 26, 2017



Mengimbau kenangan ketika baru mengenal erti berpuasa pasti membawa pelbagai memori indah yang lucu. Keletihan sehingga tidak mampu bergerak dari kerusi, memandang jam di dinding setiap 5 minit dan bersahur dalam keadaan tidur antara kenangan mengusik jiwa yang pastinya menjadi sebahagian dari cerita yang sering dikongsi ketika berkumpul bersama. Imaginasi kreatif kanak-kanak pula memang sering mengaitkan bulan Ramadan dengan bayangan menahan lapar dan dahaga seharian, maka tidak hairanlah jika pelbagai alasan sering dicipta demi mengelak untuk meneruskan ibadah berpuasa.

Namun begitu, setelah meningkat dewasa, ramai menyedari bahawa bulan Ramadan sebenarnya mempunyai pelbagai rahmat jika dihayati dengan sepenuhnya dan perbuatan menahan diri dari lapar dan dahaga hanyalah sebahagian darinya.



Selain itu, bulan Ramadan juga sering menyaksikan talian persaudaraan dieratkan, istimewanya kerana inilah masa semua dapat berkumpul dan duduk semeja dengan pelbagai hidangan tersedia dengan kemeriahan bertukar-tukar cerita di kala waktu berbuka bersama keluarga tercinta mahupun rakan-rakan.

Uniknya Ramadan adalah kerana setiap orang pasti mempunyai kenangan atau memori tersendiri mengenainya. Pastinya antara kenangan yang kekal abadi ialah ketika adik-beradik bersahur dengan pelbagai gelagat antaranya sambil termenung, sambil berselubung mahupun sambil tidur. Ataupun keseronokan membeli-belah dan pelbagai makanan tradisi di bazar Ramadan bersama keluarga. Memang tersenyum sendiri jika diingat kembali.



Bagi seorang ibu mungkin kenangan ketika anak-anaknya baru belajar berpuasa paling diingati. Keletihan dan kepayahan anak-anaknya berusaha untuk berpuasa amatlah meruntun jiwa, tetapi kesungguhan si comel membahagiakan hatinya. Kenangan indah melalui kacamata seorang ayah pula mungkin ketika melihat keluarganya tersenyum gembira semasa berbuka. Segala keperitan dan kepayahannya bekerja seolah-olah terbayar dengan melihat wajah-wajah yang tersayang seronok menikmati pelbagai juadah yang tersedia.



Dengan pelbagai kenangan indah yang kami bawakan ini, bagaimana pula dengan anda? Apakah yang mengindahkan bulan Ramadan anda?

Bulan Ramadan kini menjelma lagi, apa kata kita mengambil kesempatan ini untuk mencipta pelbagai memori dan kenangan indah bersama mereka yang dekat di hati, agar bulan Ramadan sentiasa kekal segar dalam kotak memori.

Sempena bulan nan indah ini, McDonald’s kembali dengan pelbagai pilihan juadah yang amat sesuai untuk berbuka dan bersahur bersama. Antara juadah istimewa kami adalah Foldover™ Lazeez Ayam dan Foldover™ Mashwi Daging, yang disediakan khusus untuk Ramadan ini.



Jangan lepaskan peluang untuk menikmati resipi lazat yang dirumus khas, sesuai dijadikan sebagai hidangan menu berbuka. Foldover™ yang enak ini di datangkan dengan dua pilihan - Foldover™ Lazeez Ayam yang dihidangkan dengan 2 kepingan ayam gril bersama sos bawang putih yang lazat dan Foldover™ Mashwi Daging yang disajikan dengan daging digril empuk bersama sos pedas yang unik; masing-masing diapit dengan roti Arab. Setiap satu mempunyai rasa tersendiri pasti membuka selera anda ketika berbuka puasa nanti.

Sahur merupakan waktu penting yang tidak boleh diabaikan bagi seseorang yang berpuasa untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari. Justeru itu,McDonald’s tampil menawarkan koleksi istimewa Sahur yang mengandungi pelbagai pilihan menu seperti d'Grand Platter yang boleh dinikmati bersama McCafe Latte ataupun Set Bubur Cakoi yang dihidangkan dengan Soya. Kami yakin pilihan-pilhan ini dapat menghilangkan rasa mengantuk anda ketika bersahur.



Dengan aneka pilihan menu yang kami sajikan pastinya ada sesuatu untuk semua, kunjungilah kami di bulan Ramadan ini, pintu kami sentiasa terbuka.

Selamat Berpuasa dari McDonald’s untuk semua.

indahnya ramadan