Pengumuman Pemenang

WA-HOO! Saat yang dinanti-nantikan #FATTZURA telah pun tiba! Pemenang #FATTZURA Hantar McD telah pun diketahui dan #FATTZURA tak sabar-sabar nak bertemu anda. Jangan lupa berselfie dengan #FATTZURA dan kongsi gambar anda dengan kami!

Hadiah Utama x 6
  • ● 3 x penghantaran McDelivery™ kepada pemenang oleh Fattah Amin

  • ● 3 x penghantaran McDelivery™ kepada pemenang oleh Fazura

Aliyah binti Jamaludin
Siti Zainika binti Zaimon
Nurul Qamariah bt Zaini
Noorshahzadee Aina Binti Abdul Rahman
Retnawati binti Mohd Yusof
Muhammad Mubasyir bin Zakaria
Hadiah Saguhati x 20
  • ● RM300 baucar tunai McDonald’s®

  • ● Kemeja-T McDelivery™ yang diautograf oleh Fattah Amin dan Fazura

Ida Zaiyana Binti Yaakob
Roz Zakhylla Binti Rozman
Muhammad Fahmy
Ramlah Binti Bachek
Nur Qamaliah Binti Daud
Ara Meilia
Nur Adha Radhiah Binti Abdullah
Nurin Damia Binti Mohamad Desa
Shazwanie Izzati Binti Zainuddin
Nur Madihah Binti Nor Halim
Izz Zafirah Binti Zainurin
Haziqah Binti Muhamad Radi
Julia Nasir
Nurul Farhanim Binti Samsuri
Muhammad Nazrin Bin Zinuddin
Norfarihah Binti Rozali
Rozita Mahidin
Farah Nadihah Binti Ahmad
Puteri Dallia Ghazali
Norizah Binti Ramli
Ida Zaiyana Binti Yaakob
Roz Zakhylla Binti Rozman
Muhammad Fahmy
Ramlah Binti Bachek
Nur Qamaliah Binti Daud
Ara Meilia
Nur Adha Radhiah Binti Abdullah
Nurin Damia Binti Mohamad Desa
Shazwanie Izzati Binti Zainuddin
Nur Madihah Binti Nor Halim
Izz Zafirah Binti Zainurin
Haziqah Binti Muhamad Radi
Julia Nasir
Nurul Farhanim Binti Samsuri
Muhammad Nazrin Bin Zinuddin
Norfarihah Binti Rozali
Rozita Mahidin
Farah Nadihah Binti Ahmad
Puteri Dallia Ghazali
Norizah Binti Ramli

Terma & Syarat Paraduan

  1. Dengan menyertai peraduan "#FATTZURA HANTAR McD" peserta dianggap telah menerima keseluruhan terma dan syarat yang dinyatakan. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Golden Arches Restaurants Sdn Bhd) (“GARSB”), yang merupakan penganjur peraduan #FATTZURA HANTAR McD bagi McDonald’s Malaysia, berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa sekiranya diperlukan tanpa sebarang notis.

  2. Maklumat mengenai syarat-syarat penyertaan dan bagaimana untuk mengambil bahagian dalam peraduan #FATTZURA HANTAR McD, termasuk semua garis panduan, maklumat, borang dan lembaran fakta, membentuk sebahagian daripada Terma dan Syarat ini.

  3. Peraduan ini bermula dari 1 Ogos 2018, 00:00:00 sehingga 31 Ogos 2018 jam 23:59:59 (UTC + 08: 00) zon masa Kuala Lumpur, Malaysia. GARSB berhak untuk melanjutkan tarikh akhir ini sekiranya perlu dan akan diumumkan melalui Facebook rasmi McDonald’s Malaysia di www.facebook.com/My.McDonalds.

Syarat-syarat penyertaan

  1. Untuk menyertai peraduan #FATTZURA HANTAR McD, peserta mestilah mematuhi perkara-perkara berikut:

    1. Langkah 1

      Pesan McDelivery seberapa banyak kali mungkin dalam jangkamasa peraduan ini.
      Lebih banyak anda pesan, lebih tinggi peluang anda untuk menemui #FATTZURA.

    2. Langkah 2

      Hantar penyertaan anda dengan aplikasi McDonald’s.

  2. Peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini. Setiap seorang peserta hanya layak menjadi pemenang sebanyak SATU KALI untuk peraduan ini.

  3. Penyertaan yang tidak lengkap dan lewat penerimaan dari tarikh akhir peraduan akan ditolak.

Hadiah-hadiah

Hadiah Utama x 6:
  • 3 pemenang dari Selangor atau Kuala Lumpur akan menerima penghantaran khas McDelivery oleh Fattah Amin.

  • 3 pemenang dari Selangor atau Kuala Lumpur akan menerima penghantaran khas McDelivery oleh Fazura.

Hadiah Saguhati x 20:
  • Baucer tunai McDonald’s bernilai RM300 dan Kemeja-T McDelivery yang ditandatangani oleh Fattah Amin dan Fazura.

  1. Pemenang akan diumumkan di halaman Facebook McDonald’s Malaysia (www.facebook.com/My.McDonalds ) dan laman rasmi McDonald’s Malaysia: https://www.mcdonalds.com.my/fattzurahantarmcd.

  2. Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar untuk wang tunai atau apa-apa manfaat lain dalam apa jua bentuk. GARSB berhak untuk meminda atau menggantikan hadiah dengan yang lain di mana ia mempunyai nilai yang setara pada bila-bila masa.

  3. GARSB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa proses penghantaran hadiah.

Penggunaan Data

  1. Peserta dianggap telah bersetuju membenarkan GARSB untuk menggunakan maklumat peribadi (termasuk butir-butir peserta, gambar-gambar dan / atau video) untuk tujuan publisiti, pemasaran dan pengiklanan.

  2. GARSB berhak untuk menggunakan maklumat peribadi yang diterima dari penyertaan untuk tujuan penganjuran peraduan #FATTZURA HANTAR McD termasuk untuk publisiti, perniagaan, promosi tanpa perlu memberitahu peserta. GARSB akan memastikan data peribadi peserta dan individu terlibat dilindungi dan digunakan hanya untuk tujuan peraduan #FATTZURA HANTAR McD Peserta dengan ini mengesahkan bahawa mereka telah membaca dan menerima kandungan GARSB’s Privacy and PDP Policy, yang boleh dilayari di https://www.mcdonalds.com.my/support-privacy/bm.

Hak-hak dan pemilikan

  1. Perserta dan penama dianggap telah bersetuju memberikan hak kepada GARSB untuk penggunaan maklumat peribadi (termasuk butiran peserta dan penama, gambar-gambar dan / atau video) untuk tujuan publisiti, pemasaran dan pengiklanan.

  2. Dengan mengemukakan bahan (butiran peribadi, gambar-gambar dan / atau video) ke dalam portal, perserta dan penama memberi waranti bahawa bahan-bahan tersebut dimiliki oleh mereka atau telah memperolehi hak untuk menggunakan bahan-bahan tersebut dan bersetuju untuk menanggung rugi GARSB terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pelanggaran waranti ini.

  3. Dengan menyertai peraduan #FATTZURA HANTAR McD, setiap peserta dan penama bersetuju untuk melepaskan GARSB, pekerja, pegawai, pengarah, pemegang saham, ejen, wakil, syarikat induk gabungan, anak syarikat, pemegang lesen, pengiklanan, promosi, dan agensi, dan penasihat undang-undang, dari sebarang dan semua kerugian, ganti rugi, hak, tuntutan dan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan peraduan #FATTZURA HANTAR McD atau disebabkan daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalah-gunaan hadiah peraduan #FATTZURA HANTAR McD, atau perjalanan ke atau dari sebarang aktiviti yang berkaitan, termasuk tanpa had, kecederaan peribadi, kematian, dan kerosakan harta benda, dan tuntutan berdasarkan hak publisiti, fitnah, atau pencerobohan privasi.

  4. GARSB mempunyai hak mutlak untuk membatalkan, menggantung, menunda atau mengubah-suai hadiah peraduan #FATTZURA HANTAR McD sekiranya terdapat mana-mana program tidak dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.

Lain-lain

  1. Peserta mestilah bersetuju untuk untuk mengambil bahagian dalam sebarang liputan media yang berkaitan dengan peraduan #FATTZURA HANTAR McD.

  2. Sekiranya tidak berminat untuk mengambil bahagian, peserta hendaklah menghubungi GARSB dan wakil agensi yang telah dilantik dengan segera.

  3. GARSB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah atau kesilapan teknikal rangkaian atau talian, peralatan peranti elektronik, perisian, kesesakan data internet, dan lain-lain. Ini termasuk sebarang kerosakan kepada peranti elektronik peserta atau orang lain yang berkaitan dengan penyertaan dalam memuat turun mana-mana bahan untuk peraduan #FATTZURA HANTAR McD.

  4. Hadiah peraduan #FATTZURA HANTAR McD boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa notis.

  5. Terma dan Syarat ini boleh diubah sekiranya perlu dan sebarang perubahan akan dimaklumkan di halaman Facebook McDonald’s Malaysia (www.facebook.com/My.McDonalds ) dan laman rasmi McDonald’s Malaysia: https://www.mcdonalds.com.my/fattzurahantarmcd

  6. GARSB berhak, pada bila-bila masa, untuk mengesahkan kesahihan penyertaan, menolak penyertaan atau membatalkan penyertaan yang tidak memenuhi Terma dan Syarat peraduan.

  7. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat berhubung dengan keputusan itu tidak akan dilayan.

Soalan Lazim

  1. Bolehkah saya menghantar lebih daripada satu penyertaan?

    Ya, anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda mahukan. Satu resit McDelivery™ layak untuk satu penyertaan sahaja.

  2. Saya telah memesan McDelivery™ sebelum 1 Ogos 2018, bolehkah saya menghantar penyertaan menggunakan nombor resit tersebut?

    Kami tidak akan menerima pembelian yang dibuat sebelum 1 Ogos 2018. Hanya nombor resit McDelivery™ bertarikh 1 Ogos (00:00) hingga 31 Ogos (23:59) 2018 sahaja akan diterima.

  3. Saya telah membuat pesanan semasa tarikh peraduan, tetapi penghantaran dijadualkan selepas 31 Ogos 2018. Adakah penyertaan saya masih sah?

    Penyertaan anda tidak lagi sah kerana tarikh pesanan dan penghantaran mestilah dari 1 – 31 Ogos.

  4. Bolehkah saya menghantar resit melalui pos?

    Kesemua penyertaan mestilah dihantar secara digital melalui aplikasi McDonald’s kami.

  5. Bilakah senarai pemenang akan diumumkan?

    Senarai pemenang akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup penyertaan pada laman web dan facebook McDonald’s.

  6. Saya telah memasukkan jumlah pesanan yang salah. Bolehkah saya menukar dan menghantar penyertaan semula?

    Anda tidak boleh menukar penyertaan yang telah dihantar tetapi anda boleh menghantar semula dengan nombor pesanan yang sama dan membetulkan jumlah pesanan untuk mengesahkan penyertaan.

  7. Bolehkah saya menyertai peraduan ini menggunakan resit pembelian dari restoran?

    Peraduan ini hanya terbuka untuk pembelian melalui McDelivery™ sahaja. Peraduan ini tidak sah dengan pembelian di restoran, bawa balik atau Drive-Thru™.

  8. Adakah McDonald’s menyediakan talian khidmat pelanggan untuk sebarang pertanyaan mengenai peraduan ini?

    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di 1300-13-1300.