Kongsikan kisah guru
yang memberi inspirasi
kepada anda

Calon guru inspirasi
anda di sini

Menggalakkan.
Memahami.
Menyokong.

Tiga perkataan yang cukup indah untuk menggambarkan peranan guru yang begitu besar dalam hidup anda. Tidak hanya sekadar menyampaikan ilmu daripada buku teks, guru merupakan pendidik yang memberi motivasi kepada anda tanpa jemu, sentiasa memahami dan mendorong anda untuk menjadi insan yang baik.

Guru-guru ini bekerja keras dan sedia berkorban masa demi kejayaan anda yang tidak terhad di dalam kelas tetapi juga dalam kehidupan. Jasamu sentiasa dikenang Cikgu.

Apa kisah anda?

Hadiah

•  6 guru yang dicalonkan dengan kisah inspirasi terbaik akan menerima
   wang tunai berjumlah RM5,000
   seorang

•  6 penyertaan yang terbaik akan menerima
   sijil hadiah McDonald's bernilai
   RM200 seorang

Terima Kasih Cikgu

McDonald's begitu menghargai jasa, komitmen dan dedikasi guru yang begitu tinggi untuk membimbing anak bangsa yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.